- Iklan -
Berita

Perjuangan barisan hadapan Sabah kini kritikal

Noor Hisham memberi bayangan keadaan yang dihadapi petugas-petugas barisan hadapan di Sabah dalam menentang pandemik Covid-19.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang petugas barisan hadapan meletakkan sampel ujian swab sebelum di hantar ke makmal untuk diuji.
Seorang petugas barisan hadapan meletakkan sampel ujian swab sebelum di hantar ke makmal untuk diuji.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan perjuangan petugas barisan hadapan dalam menentang pandemik Covid-19 di Sabah kini mencapai  tahap kritikal.

Beliau berkata beberapa strategi dan pendekatan akan diambil untuk memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan di negeri itu.

“Strategi kami berdasarkan kepada pemantauan komuniti, pengesanan kontak dengan mencari, menguji, mengasing dan merawat semua individu yang dijangkiti serta memutuskan rantaian jangkitan seterusnya dengan memperketat sempadan negeri dan daerah,” katanya menerusi hantaran Twitter, hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan 561 kes baharu di negara ini dengan Sabah mencatatkan jumlah tertinggi, sebanyak 488 kes.