Sunday, April 18, 2021

Kelab golf ingkar PKP disiasat

Kelab golf itu didakwa masih melakukan aktiviti walaupun telah diberi notis penutupan semalam.

Other News

Polis telah membuka kertas siasatan terhadap sebuah kelab golf di Petaling Jaya yang dipercayai ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana masih melakukan aktiviti walaupun telah diberi notis penutupan semalam susulan beberapa pekerjanya dilaporkan positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pihaknya menerima laporan di Balai Polis Damansara daripada pihak KKM semalam yang mendakwa premis berkenaan yang sepatutnya ditutup mulai Ahad, telah melanggar syarat arahan penutupan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana ingkar PKP,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di hadapan asrama pekerja kelab golf berkenaan.

Terdahulu, Nik Ezanee membuat pemantauan di asrama pekerja kelab golf itu yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula hari ini sehingga 25 Oktober susulan kes positif Covid-19 membabitkan pekerja yang tinggal di asrama itu.

Setakat ini, seramai 23 pekerja warga tempatan dan warga asing di asrama pekerja kelab berkenaan dilaporkan positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pihaknya menerima laporan di Balai Polis Damansara daripada pihak KKM semalam yang mendakwa premis berkenaan yang sepatutnya ditutup mulai Ahad, telah melanggar syarat arahan penutupan.

Jelasnya, 11 individu yang positif telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan manakala 12 lagi masih berada di asrama berkenaan dan akan dibawa ke hospital hari ini.

Menurut beliau, seramai 597 pekerja lagi dijangka menjalani saringan Covid-19 yang dijadualkan Rabu ini.

Nik Ezanee berkata seramai 20 anggota polis telah ditempatkan untuk memantau kawasan kelab itu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles