- Iklan -
Berita

PAS yakin Agong tak layan ‘tindakan desprados’ Anwar

PAS gesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan keresahan dan kekeliruan rakyat.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan (Kanan) mengatakan 18 ahli Parlimen parti itu teguh menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Gambar: Bernama
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan (Kanan) mengatakan 18 ahli Parlimen parti itu teguh menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Gambar: Bernama

PAS mengulangi ikrar sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjelang panggilan mengadap Anwar Ibrahim ke Istana Negara Selasa depan, mengatakan Agong tidak akan melayan tindakan “desprados” presiden PKR itu.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata kesemua 18 ahli Parlimen parti Islam itu berdiri teguh di belakang Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Dalam hal ini PAS sekali lagi amat yakin Yang di Pertuan Agong tidak akan melayan tindakan ‘desprados’ ini, sebaliknya Baginda akan mengendalikannya berdasarkan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan negara yang amat jelas,” katanya yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan pagi ini.

Anwar minggu ini berkata Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan untuk beliau mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober, di mana akan mempersembahkan perincian dakwaan memiliki sokongan “kukuh dan meyakinkan” daripada anggota Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru.

Kenyataan ini dikeluarkan tiga minggu selepas ahli Parlimen Port Dickson itu mengisytiharkan kerajaan pimpinan Muhyiddin tumbang dan beliau bakal membentuk sebuah kerajaan “majoriti Melayu”.

“Dalam hal ini PAS sekali lagi amat yakin Yang di Pertuan Agong tidak akan melayan
tindakan ‘desprados’ ini, sebaliknya Baginda akan mengendalikannya berdasarkan
peruntukan undang-undang dan Perlembagaan negara yang amat jelas,” katanya yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan pagi ini.

Takiyuddin berkata, PAS tidak terkesan langsung dengan “retorik yang dibawa Anwar” yang mengatakan mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.

“PAS mengganggap isu yang dibangkitkan oleh individu yang sama ini adalah tindakan terdesak yang mempunyai kepentingan serta cita-cita peribadi di samping ‘menangguk di air keruh’ ketika Kerajaan PN sedang menguruskan masalah Covid-19 serta langkah pemulihan ekonomi negara.

“PAS turut berharap kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan keresahan dan kekeliruan rakyat, di samping mengakibatkan terjejasnya sektor ekonomi negara daripada tindakan tersebut,” katanya.