- Iklan -
Berita

561 kes Covid-19 hari ini, 2 kematian baru direkodkan

Sebanyak 4,587 kes aktif dengan 90 pesakit berada di unit rawatan rapi termasuk 29 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Gambar: Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Gambar: Bernama

Sebanyak 561 kes baru dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kes komulatif dalam kepada 15,657.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 553 merupakan jangkitan tempatan dan lapan kes import.

Sebahagian besar kes dilaporkan berlaku di Sabah iaitu 488 jangkitan baru, 26 di Selangor dan 16 di Kedah.

Dua lagi kes kematian dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan 157.

Sebanyak 133 kes sembuh baru menjadikan jumlah sembuh 10,913 atau 69.70%.

Jumlah kes aktif adalah 4,587 dengan 90 pesakit berada di unit rawatan rapi termasuk 29 memerlukan bantuan alat pernafasan.