Monday, January 25, 2021

374 kes Covid-19 hari ini, 3 kematian baru direkodkan

Seramai 73 pesakit pulih dan dibenarkan keluar wad.

Other News

Miti cadangkan alternatif kepada penutupan ekonomi serta-merta

Ia mencadangkan SOP diketatkan dan meningkatkan ujian saringan bersasar termasuk menjadikannya murah dan dilakukan dalam skala lebih besar.

Miti calls for alternatives to bringing back full lockdown

It suggests tightening SOPs and boosting targeted testing as well as making this more affordable and carrying it out on a larger scale.

16 bekas ahli Umno cabar keputusan RoS, bukan parti itu

Mereka mencabar keputusan RoS atas alasan pelanjutan masa yang diberikan dicemari dengan kepenyalahan undang-undang, keadaan tidak rasional dan prosedur yang salah.

3,638 dilaporkan pulih, 11 lagi kematian baru

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 41,076.

Recoveries outpace new cases but 11 more deaths reported

3,048 new cases, 3,638 recoveries.

Sebanyak 374 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini dengan pertambahan tiga kes kematian, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, daripada jumlah kes baru itu, 372 merupakan jangkitaan tempatan dan dua adalah kes import.

“Sebanyak 73 kes sembuh baru dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh 10,780 atau 71.41%,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Katanya, jumlah kes aktif sebanyak 4,161 atau 27.56%, manakala 73 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 28 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

“Daripada 372 kes penularan dalam negara, 17 kes melibatkan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekali gus menjadikan jumlah kes dengan sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September kini sebanyak 341 kes,” katanya.

Mengenai pertambahan kes kematian hari ini beliau berkata, kesemua kes itu melibatkan warganegara di Sabah, selain menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu kini sebanyak 155.

Beliau berkata, kematian ke-153 adalah lelaki berumur 61 tahun dengan latar belakang penyakit kencing manis dan tuberculosis mata di Hopital Tawau; wanita berusia 54 tahun (kematian ke-154) dengan penyakit kencing manis, darah tinggi dan obesiti di Hospital Queen Elizabeth, serta lelaki berumur 51 tahun (kematian ke-155) dengan penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung di Hospital Semporna.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Miti cadangkan alternatif kepada penutupan ekonomi serta-merta

Ia mencadangkan SOP diketatkan dan meningkatkan ujian saringan bersasar termasuk menjadikannya murah dan dilakukan dalam skala lebih besar.

3,638 dilaporkan pulih, 11 lagi kematian baru

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 41,076.

Recoveries outpace new cases but 11 more deaths reported

3,048 new cases, 3,638 recoveries.

Pacific islands hold out their hats to Beijing as pandemic sinks economies

Beijing is happy to lend them money as they possess strategic ports and air strips and control vast swathes of resource-rich ocean.

Thailand allows private sector to import Covid vaccines

This is on condition that they are given the green light by the Food and Drug Administration.