Wednesday, January 20, 2021

Laporan dedah pekerja Indonesia dilayan seperti ‘binatang’ di pusat tahanan Sabah

Bekalan makanan dan wang dikirim ahli keluarga sering dirampas petugas imigresen.

Other News

Nora Anne’s family to file for revision of misadventure ruling

The family's lawyer says the application for revision will be filed at the Seremban High Court as soon as possible.

Jumlah kes aktif melepasi 40,000, 4,008 disahkan positif Covid-19

2,374 sembuh, 11 lagi kematian dilaporkan.

11 more deaths as new cases top 4,000 again

4,008 new cases, 2,374 recoveries.

Anwar says PH will join emergency bipartisan body

He says three names have been given to the authorities, after initial threats to boycott the committee.

PH akan sertai jawatankuasa bebas darurat, kata Anwar

Gabungan itu sudah menerima penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Takiyuddin Hassan mengenai jawatankuasa itu.

Ribuan pekerja yang ditahan di pusat tahanan imigresen di Sabah menyifatkan mereka diperlakukan seperti “binatang”, selain diperas, harta peribadi dirampas dan menderita penyakit kulit sepanjang tempoh tahanan ketika pandemik Covid-19, kata satu laporan dari Indonesia.

Laporan dikeluarkan Koalisi Buruh Migran Berdaulat (KBMB), Indonesia selepas menemubual 33 pekerja migran tanpa dokumen negara itu yang pernah ditahan dalam pusat tahanan sementara sebelum dihantar pulang ke negara asal dari Disember 2019 hingga September lalu.

Menurut laporan itu, kebanyakan pekerja yang ditahan berasal dari wilayah Sulawesi, Nusa Tenggara Barat (NTB) dan Nusa Tenggara Timur (NTT).

“Daripada wawancara kami, majoriti mengatakan mereka diperlakukan seperti binatang,” kata Koordinator KBMB, Musdalifah Jamal dalam satu sesi webinar pada Rabu.

MalaysiaNow masih cuba menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen untuk mendapatkan reaksi berhubung dakwaan ini.

Laporan itu turut mendedahkan kebanyakan tahanan terpaksa berhubung dengan ahli keluarga di negara asal meminta kiriman wang dan makanan bagi memenuhi keperluan asas mereka selama berada di pusat tahanan tersebut.

Akan tetapi, pekerja migran yang ditemubual KBMB mendedahkan sebahagian wang dan makanan dikirim keluarga sering kali diambil oleh petugas imigresen di pusat tahanan tersebut.

“Kiriman wang biasanya dipotong 30% dan sebahagian kiriman makanan. Mereka yang ingin menghubungi ahli keluarga perlu memaklumkan kepada para petugas dan membayar sekitar RM10 hingga RM20 bagi panggilan tidak lebih dari sejam,” tulis laporan itu.

MalaysiaNow difahamkan, sehingga kini terdapat kira-kira 1,082 pekerja migran Indonesia yang ditahan pusat tahanan sementara itu sudah dihantar pulang ke tempat asal masing-masing.

Pusat tahanan ‘tidak layak’ dihuni manusia

Laporan itu turut mendapati fasiliti pusat tahanan imigresen di Sabah amat daif menyebabkan kebanyakan pekerja migran yang ditahan menderita pelbagai jenis penyakit kulit dan tekanan perasaan.

“Para pekerja migran ternyata ditahan dalam keadaan kesihatan yang buruk, termasuk permasalahan jiwa dan tekanan mental.”

Malah, dilaporkan terdapat tahanan yang meninggal dunia kerana gagal mendapat akses kepada fasiliti perubatan yang sepatutnya.

“Pusat tahanan bahkan tidak membenarkan keluarga di pusat tahanan untuk melihat jenazahnya, sedangkan sama-sama ditahan, hanya di blok lain dalam kawasan pusat tahanan,” tulis laporan itu.

Menurut laporan itu, kemudahan yang tersedia di pusat tahanan tersebut tidak memenuhi keperluan khusus kepada wanita hamil, bayi, kanak-kanak dan warga emas. Terdapat saksi yang menyaksikan proses kelahiran bayi tanpa pengawasan dan bantuan paramedik dan doktor perubatan.

Ia juga mendedahkan ramai tahanan yang didapati menghidap penyakit kulit seperti gatal-gatal dan jangkitan seluruh tubuh badan, akan tetapi tidak diberikan rawatan.

“Penyakit kulit yang dialami oleh hampir semua penghuni pusat tahanan antara lain diakibatkan oleh tidak tersedianya bekalan air bersih untuk mandi.

“Air yang tersedia jauh dari kualiti bersih dan layak digunakan untuk semua keperluan harian sama ada minum, mandi atau mencuci,” tulis laporan itu.

Katanya, pekerja yang ditemubual KBMB mengatakan air yang digunakan di pusat tahanan itu kotor dan berbau sehingga mereka mengambil keputusan tidak mandi selama tiga hari berturut.

Seorang doktor perubatan yang merawat pekerja migran Indonesia dari Sabah disebutkan dalam laporan mengatakan, kualiti air yang kotor menjadi punca penyakit kulit berjangkit kepada seluruh penghuni pusat tahanan itu.

Jenis penyakit kulit yang kerap dikesan adalah Norwegian scabies (kudis) yang tersebar dengan cepat dan memerlukan pengendalian perubatan yang mencukupi.

Laporan itu juga memetik seorang ahli perubatan yang juga pakar perunding HIV mengatakan keadaan yang daif itu bukan sahaja mempercepat penularan penyakit kolera, cirit-birit dan batuk.

“Ia juga meningkatkan risiko penularan hepatitis dan HIV sangat tinggi kerana penggunaan peralatan yang terhad sehingga memerlukan tahanan berkongsi alatan yang sama.

“Ini memungkinkan berlakunya transfusi darah dalam kalangan tahanan menyebabkan ada di antara mereka membuat tatu pada badan.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Banjir di Sarawak, Pahang semakin pulih

Keadaan banjir di Sabah tidak banyak berubah dengan lapan daerah masih terjejas.

Mangsa banjir di Sabah terus meningkat

Keadaan di Sarawak kekal, Pahang pula semakin pulih.

Mangsa banjir di Sabah bertambah

Keadaan di Pahang dan Sarawak semakin pulih.

PM setuju tubuhkan kumpulan penasihat kesihatan dan saintifik Covid-19

Kumpulan ini akan menasihati kerajaan mengenai perkara-perkara berkaitan dengan pengurusan pandemik Covid-19

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Pahang, Sarawak beransur pulih

Setakat 8 pagi ini di Sabah, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 176 orang berbanding 122 orang malam tadi.