Wednesday, April 14, 2021

Kluster Penjara Reman hanya babitkan banduan, kata pengarah

Setakat ini tiada petugas penjara itu yang disahkan positif jangkitan tersebut.

Other News

Kesemua kes positif Covid-19 yang direkodkan oleh Penjara Reman Pulau Pinang setakat ini melibatkan enam banduan dalam satu sel yang sama dengan lelaki disahkan meninggal dunia pada 5 Oktober lalu, kata pengarahnya, Mohamed Jusoh Idris.

Beliau juga berkata setakat ini tiada petugas penjara itu yang disahkan positif jangkitan tersebut.

“Bagaimanapun masih ada petugas yang belum menerima keputusan mereka, manakala banduan yang dijangkiti pula sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Menurutnya proses ujian saringan Covid-19 dan sanitasi masih dijalankan di penjara berkenaan.

“Kami harap tindakan pantas mengasingkan serta kuarantin mereka yang kami laksanakan sebelum ini dapat membendung penularan wabak tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya proses ujian saringan Covid-19 dan sanitasi masih dijalankan di penjara berkenaan.

Beliau juga berkata buat masa ini operasi penjara berjalan seperti biasa, dikendalikan oleh 320 petugas.

Setakat semalam, Kluster Penjara Reman itu dilapor merekodkan lapan kes positif termasuk seorang, iaitu kes indeks, yang meninggal dunia pada Isnin lepas.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles