- Iklan -
Berita

Hajiji positif Covid-19

Beliau kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth dan dilaporkan stabil.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Menteri Sabah, Hajiji Mohd Noor. Gambar: Bernama
Ketua Menteri Sabah, Hajiji Mohd Noor. Gambar: Bernama

Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth  (QEH)

Menurut Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri Sabah, Effendi Mohamed Sunoh, Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman itu kini dilaporkan stabil.

“Semasa dalam kuarantin kendiri, beliau menjalani ujian Covid-19 sekali lagi. Hasil ujian terbaru mengesahkan beliau positif,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Effendi berkata, walaupun sedang menjalani rawatan, Hajiji masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya menerusi panggilan telefon dan sidang video selain pentadbiran kerajaan negeri berfungsi seperti biasa.

Hajiji yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, mengangkat sumpah jawatan ketua menteri Sabah pada 29 September yang lalu selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi pilihan raya negeri.