Wednesday, December 1, 2021

FGV ikrar jaga kebajikan pekerja ladang selepas kritikan AS

Sejumlah RM350 juta diperuntukkan untuk penyediaan perumahan yang mencukupi.

Other News

Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mengulangi komitmennya terhadap kebajikan para pekerja yang disifatkan sebagai “tulang belakang” syarikat dengan memperuntukkan sejumlah RM350 juta sejak tiga tahun kebelakangan ini demi menyediakan rumah yang mencukupi.

Ketua Pegawai Eksekutif FGV Haris Fadzilah Hassan berkata, setakat ini terdapat 27 projek perumahan sudah disiapkan termasuk lima di Pahang, masing-masing satu di Terengganu, Kelantan, Perak, dan Negeri Sembilan, serta dua ladang di Sabah dan Sarawak.

Terdapat lima lagi projek perumahan tambahan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun ini.

Haris turut berkata, “langkah-langkah konkrit” sudah diambil sejak beberapa tahun lalu bagi meningkatkan kemudahan di lebih 190 ladang FGV di Malaysia dan juga di Indonesia.

Beliau juga menyatakan kesediaan untuk menambah peruntukan bagi pembinaan dewan orang ramai, rumah ibadah, padang rekreasi dan kedai.

FGV sebelum ini menerima kritikan apabila Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat mengeluarkan arahan menahan produk sawit dan produk komoditi itu berdasarkan satu penilaian berlaku penggunaan buruh paksa.

FGV juga didakwa gagal dalam memastikan perlindungan dan kebajikan para pekerja termasuk menyediakan tempat tinggal yang mencukupi.

Dakwaan CBP menyebabkan sekatan AS terhadap pengimportan produk FGV berkuatkuasa bulan ini.

Bagaimanapun, FGV membidas tindakan itu, dengan mengatakan syarikat secara konsisten mengutamakan kebajikan dan menolak tuduhan penganiayaan terhadap para pekerja.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles