Tuesday, October 20, 2020

Bicara Najib, Irwan Serigar mulai September tahun depan

Perbicaraan pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion itu akan bermula dengan pihak pendakwaan dijangka memanggil seramai 50 saksi.

Other News

Dulu estet getah, kini bandar raya berpotensi besar

Pakar ekonomi lihat bandar raya terbaru Selangor memiliki potensi besar untuk pembangunan.

Bright lights ahead for one-time rubber plantation turned city?

Economist sees Subang Jaya, Selangor's newest city, as having great potential for growth.

In CMCO areas, employees at management, supervisory levels told to work from home

Minister Ismail Sabri Yaakob says this is no longer a request.

862 kes baru Covid-19, 634 pesakit sembuh hari ini

Kes baru Covid-19 mencatatkan angka melebihi 800 untuk hari ketiga berturut-turut.

New cases pass 800 mark for third day as death toll increases

The bulk of new cases continue to be reported in Sabah.

Perbicaraan kes Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah berhubung enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion akan bermula pada September tahun depan dengan pendakwaan dijangka memanggil 50 saksi.

Keputusan itu yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin  di sini hari ini bertujuan memberi laluan kepada perbicaraan dua kes jenayah yang membabitkan bekas perdana menteri tersebut selesai.

Hakim menetapkan tarikh baharu itu selepas membenarkan permohonan peguam Nur Syahirah Hanapiah yang mewakili Najib, untuk melapangkan semua tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada tahun ini di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

“Najib ketika ini sedang menghadapi dua perbicaraan  iaitu kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan laporan audit, masing-masing di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah dan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

“Pada hari sama perbicaraan bagi kes ini yang dijangka bermula pada 9 November depan, Najib sedang menjalani perbicaraan 1MDB yang tarikhnya telah ditetapkan hingga Jun 2021,” katanya.

Muhammad Jamil menetapkan tarikh perbicaraan baharu selama 32 hari pada setiap hari dalam bulan September dan Oktober 2021, kecuali hari Jumaat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Saiful Hazmi Mohd Saad memaklumkan mahkamah bahawa pendakwaan dijangka memanggil 50 saksi pada perbicaraan itu.

Saiful Hazmi juga memberitahu kes tersebut telah dipindahkan dari Mahkamah Tinggi 3 (Mohd Nazlan) untuk didengar di hadapan Muhammad Jamil berdasarkan surat yang diterima oleh pihak pendakwaan daripada Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 7 Oktober.

Mahkamah turut menetapkan 6 Januari tahun depan untuk pengurusan kes bagi pihak-pihak memaklumkan sekiranya terdapat perkembangan baharu berkenaan dua kes tersebut.

Pada prosiding hari ini, kehadiran Najib dikecualikan kerana beliau masih menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari selepas pulang dari Sabah, manakala Mohd Irwan Serigar diwakili peguam Datuk K. Kumaraendran hadir di mahkamah.

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding, Saiful Hazmi berkata saksi bagi perbicaraan kes pecah amanah itu membabitkan saksi yang hampir sama dengan kes 1MDB.

Pada 24 Oktober 2018, Najib, 67, dan Mohd Irwan Serigar, 63, mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah apabila kes itu disebut di Mahkamah Sesyen.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia, masing-masing dalam kapasiti terbabit, diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta iaitu sejumlah RM1.2 bilion milik kerajaan Malaysia melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta berkenaan.

Mengikut pertuduhan kedua, Najib dan Mohd Irwan didakwa bersama-sama atas jawatan sama, yang diamanahkan dengan harta sejumlah RM655 juta milik kerajaan Malaysia telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta terbabit.

Bagi pertuduhan ketiga, mereka dituduh secara bersama, atas kapasiti sebagai penjawat awam dan memegang jawatan yang sama, melakukan pecah amanah iaitu sejumlah RM220 juta, peruntukan di bawah “Belanja Mengurus di bawah Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 021700 KL International Airport Berhad (KLIAB)”, milik Kerajaan Malaysia yang diamanahkan kepada mereka.

Kedua-dua mereka juga dituduh secara bersama, atas jawatan yang sama, telah melakukan pecah amanah sejumlah RM1.3 bilion, peruntukan di bawah “Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 020500 Subsidi Dan Bantuan Tunai”, milik Kerajaan Malaysia.

Bagi pertuduhan kelima dan keenam, mereka dituduh bersama atas jawatan serupa, melakukan pecah amanah sejumlah RM1,261,065,000 dan RM2 bilion milik kerajaan Malaysia.

Najib dan Mohd Irwan Serigar dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Bicara 1MDB Najib ditangguh kerana PKPB

Perbicaraan itu akan disambung semula pada 9 hingga 12 November ini.

Politik apakah di sebalik surat ke Istana?

Jangan lupa, terdapat juga gerakan putera Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah.

Editorial: Adakah kami silap dengan laporan kami?

Dalam mendedahkan "sisi hodoh" pandemik politik, kami mungkin mengalihkan perhatian rakyat Malaysia terhadap ancaman lebih besar.

Pendedahan: Najib, Zahid tulis surat ke Istana untuk sokong Anwar

Ini mengesahkan cakap-cakap trio ini bekerjasama untuk menumbangkan Perikatan Nasional (PN).

Revealed: Najib, Zahid jointly wrote to palace in support of Anwar

This confirms speculation that the trio were working together to dislodge the Perikatan Nasional government.