- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 cecah 691, 4 kematian direkodkan

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengumumkan sebanyak 691 kes baru menjadikannya rekod tertinggi jangkitan Covid-19 sejak wabak itu mula dikesan awal tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah turut mengumumkan empat kematian baru berkait dengan Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif menjadi 141 orang. Perkembangan ini melibatkan 688 kes penularan dalam negara dan tiga kes […]

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kes baru Covid-19 terus mencatatkan peningkatan hari ini, lima kluster baru dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan. Gambar: Bernama
Kes baru Covid-19 terus mencatatkan peningkatan hari ini, lima kluster baru dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan. Gambar: Bernama

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengumumkan sebanyak 691 kes baru menjadikannya rekod tertinggi jangkitan Covid-19 sejak wabak itu mula dikesan awal tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah turut mengumumkan empat kematian baru berkait dengan Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif menjadi 141 orang.

Perkembangan ini melibatkan 688 kes penularan dalam negara dan tiga kes import. Sehingga kini, Malaysia merekodkan 13,504 kes Covid-19 dengan kes aktif 2,936 kes.

Manakala jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 10,247 orang.

Noor Hisham berkata, semua pesakit sedang menerima rawatan di hospital dengan 31 pesakit sedang dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan daripada 688 kes penularan tempatan tersebut, sebanyak 394 kes dikesan daripada Kluster Tembok iaitu di Penjara di Kedah.

Ia meliputi 57% daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan hari ini.

“Kesemua kes positif dalam Kluster Tembok yang merupakan kluster terasing di dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dan di dalam penjara.

“Ini bermakna mereka terasing daripada masyarakat,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 hari ini.

Sementara itu, kes kematian melibatkan seorang bayi berusia setahun dan tiga lelaki warganegara berusia 60 hingga 85 tahun.

Pada perkembangan sama, Noor Hisham mengumumkan terdapat dua kluster baru dikesan hari ini iaitu Kluster Batu di Taiping, Perak dan Kluster Ramai-ramai di Sandakan, Sabah.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, seramai 1020 orang sudah disaring dengan 860 saringan bagi Kluster Batu dan 166 saringan untuk Kluster Ramai-ramai.