- Iklan -
Berita

Dr Noor Hisham jalani kuarantin di rumah

Beliau kuarantin kendiri selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif Covid-19.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah

Menjalani kuarantin di rumah jelas tidak menghalang Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan perkembangan semasa situasi Covid-19 kepada rakyat Malaysia dengan beliau dijadualkan memanfaatkan laman sosial untuk berbuat demikian hari ini.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kesihatan (KKM), “Jeneral Perang” mereka dijangka mengadakan sidang media secara langsung melalui laman rasmi Facebook KKM dari kediamannya tanpa kehadiran petugas media pada 5.30 petang ini.

Mengulas lanjut perkara itu kepada Bernama, Noor Hisham berkata: “Kita boleh mengadakan sidang media secara maya setiap hari dan saya tetap akan menjawab soalan daripada media.”

Noor Hisham kini menjalani kuarantin kendiri di kediamannya berikutan beliau turut menghadiri mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri pada Sabtu lepas yang dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif Covid-19.

Susulan pengesahan itu, Noor Hisham membatalkan sidang media yang dijadualkan semalam.

Sejak Covid-19 melanda negara akhir Disember lalu, Noor Hisham dan pasukannya mengadakan sidang media secara rutin bagi memaklumkan mengenai situasi semasa pandemik Covid-19 di KKM, Putrajaya.

Sidang media hari ini boleh diikuti di https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia.