Monday, January 11, 2021

Ku Nan setuju bayar cukai lebih RM40 juta kepada LHDN

LHDN sebelum ini menuntut cukai pendapatan terhadap Ku Nan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang yang kesemuanya berjumlah RM57,167,069.35.

Other News

US Capitol assault a ‘wake-up call’ for democracies, says EU

The EU has proposed new rules to clamp down on fake news on social media.

Rangers protecting gorillas and tourists killed in Congo national park

Virunga, home to endangered mountain gorillas, is one of the most dangerous national parks in Africa.

Khabar angin pelantikan ‘TPM’ muncul kembali ketika sekumpulan pemimpin Umno ancam keluar kerajaan

Difahamkan khabar angin tentang menteri Umno bakal dilantik timbalan perdana menteri tidak benar.

‘Deputy PM’ rumour resurfaces as Umno hawks continue threat to quit govt

It is understood that there is no truth to fresh rumours of an Umno minister to be appointed as deputy prime minister.

Flood situation improves in 4 states but more evacuated in Johor

More evacuees have been allowed to return home in Kelantan, Terengganu, Pahang and Perak but the number of flood victims has risen in Johor.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor bersetuju untuk membayar cukai pendapatan berjumlah RM40,358,336.61 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas kedua-dua pihak menyelesaikan kes saman itu secara baik di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 23 September lepas.

LHDN, dalam tuntutannya sebelum ini menuntut ahli Parlimen Putrajaya itu membayar amaun cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang yang kesemuanya berjumlah RM57,167,069.35.

Menurut draf perintah persetujuan yang diperoleh media melalui carian sistem mahkamah hari ini, kerajaan Malaysia melalui LHDN bersetuju untuk meminda notis taksiran tambahan Tengku Adnan selaku defendan bagi Tahun Taksiran 2012, 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017 yang kesemuanya bertarikh 15 Mac 2019.

“Oleh yang demikian, taksiran-taksiran tambahan dipinda yang perlu dibayar oleh defendan untuk 2012 berjumlah RM53,872; 2013 (RM4,182,392.03); 2014 (RM6,285,357.26); 2015 (RM6,537,624.73); 2016 (RM3,524,071.10) dan 2017 (RM19,775,019.49).

“Jumlah cukai tambahan yang dipinda adalah berjumlah RM40,358,336.61 termasuk penalti yang membentuk jumlah penyelesaian cukai dan penyelesaian itu dianggap sebagai penyelesaian komposit yang dibuat di bawah Seksyen 96A Akta Cukai Pendapatan 1967,” menurut perintah persetujuan itu.

Perintah persetujuan itu turut menyatakan pihak-pihak akan membincangkan dalam tempoh 45 hari dari tarikh perintah persetujuan (pada 23 September lepas) mengenai cara pembayaran.

“Sekiranya pihak-pihak gagal mencapai kesepakatan mengenai cara pembayaran, penyelesaian ini akan dibayar sebelum 31 Disember 2020.

“Plaintif (kerajaan Malaysia) dan Tengku Adnan dengan ini menarik balik semua permohonan interlokutari yang dibuat di bawah prosiding sivil ini dan tidak akan ada perintah mengenai kos,” menurut perintah persetujuan berkenaan.

Draf perintah persetujuan bertarikh 23 September lepas turut ditandatangani wakil peguamcara daripada pihak plaintif dan defendan serta ditandatangani oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Kerajaan Malaysia melalui LHDN memfailkan saman terhadap Tengku Adnan pada 24 Julai tahun lepas setelah mendakwa Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai “Ku Nan” masih terhutang cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2012 sehingga tahun taksiran 2017 seperti yang dinyatakan melalui Notis Taksiran bertarikh 15 Mac 2019.

LHDN, dalam tuntutannya, mendakwa sehingga kini Tengku Adnan masih gagal membayar amaun cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang yang kesemuanya berjumlah RM57,167,069.35.

Jumlah itu ialah RM64,444.38 (2012); RM6,614,861.59 (2013); RM8,887,576.69 (2014); RM9,198,523.67 (2015); RM5,520,818.05 (2016); dan RM26,880,844.97 (2017).

Oleh itu, plaintif menuntut daripada defendan jumlah RM57,167,069.35, faedah atas jumlah RM57,167,069.35 pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Seludup daging beku, 2 pegawai Maqis direman 5 hari

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Nur Izzaty Muhammad Zahari.

Bicara kes 1MDB Najib bersambung hari ini

Ia dimulakan dengan saksi pendakwaan ke-10 iaitu bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB.

Zuraida akan dedah bukti ‘rahsia’ terhadap Anwar

Bekas naib presiden PKR itu mengatakan dia akan mendedahkan semua bukti berdokumen dan elektronik melibatkan presiden parti itu.

Keputusan kes 1MDB Najib Razak tarik perhatian masyarakat antarabangsa

Mahkamah mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa membabitkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Keputusan rasuah Isa Samad 3 Februari

Beliau menghadapi sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta.