Saturday, December 4, 2021

Celcom beri data percuma selama enam jam

Langkah itu sebagai tanda penghargaan akibat gangguan rangkaian petang tadi.

Other News

Semua penggunaan data pelanggan rangkaian Celcom dari 6 petang hingga 12 tengah malam ini tidak akan dipotong susulan masalah teknikal yang dialami pada kira-kira 3 petang tadi.

Celcom dalam kenyataannya berkata langkah itu adalah sebagai tanda penghargaan atas kesabaran pelanggannya sepanjang tempoh gangguan yang dialami rangkaian tersebut hari ini.

“Sebagai tanda penghargaan atas kesabaran pelanggan kami, semua penggunaan data bagi kuota yang diperuntuk kepada pelanggan kami tidak akan dipotong dari 6 petang hingga 12 tengah malam pada 4 Oktober.

“Semua perkhidmatan dijangka pulih secara beransur-ansur mulai 6 petang hari yang sama. Kami ingin memohon maaf kepada pelanggan kami atas segala kesulitan yang dialami selepas mereka tidak dapat membuat panggilan dan mengakses data internet,” menurut kenyataan itu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles