- Iklan -
Berita

293 kes Covid-19 hari ini, tiga hari berturut kes tinggi

Noor Hisham berkata, tedapat 292 kes penularan tempatan melibatkan 269 warganegara dan 23 bukan warganegara.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah

Kes baru jangkitan Covid-19 terus mencatatkan peningkatan dengan 293 disahkan positif hari ini, menjadi angka kes yang tinggi selama tiga hari berturut-turut.

Bagaimanapun, tiada kematian baru direkodkan hari ini, menjadikan angka kematian kekal pada 137 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan kes terkumpul adalah sebanyak 12,381 kes dan kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 1,961 kes.

Katanya, tedapat 292 kes penularan tempatan melibatkan 269 warganegara dan 23 bukan warganegara.

Sabah menyaksikan 126 kes baru, manakala Kedah pula merekod 113 kes.

Selangor pula menjadi negeri ketiga yang merekodkan pertambahan kes dengan 31 kes baru hari ini.

Daripada 292 kes penularan tempatan, 269 kes melibatkan warganegara dan 23 kes lagi bukan warganegara.

Menurut Noor Hisham, sebanyak 30 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah.

“Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 206 kes,” katanya.

Dua kluster baru juga dikesan hari ini, di Sabah dan Selangor iaitu Kluster Kau Sing di Tawau dan Kluster Embun di Hulu Langat.

Noor Hisham berkata, terdapat 28 pesakit menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan empat pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.