- Iklan -
Berita

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air positif Covid-19

Disahkan positif Rabu lalu selepas menjalani ujian kedua dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ahmad Masrizal (dua, kanan) ketika berkempen di PRN Sabah baru-baru ini. Gambar: Bernama
Ahmad Masrizal (dua, kanan) ketika berkempen di PRN Sabah baru-baru ini. Gambar: Bernama

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Ahmad Masrizal Mohamad mengesahkan beliau positif Covid-19 selepas ujian kedua dilakukan Rabu lepas, dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Ahmad Masrizal  berkata beliau tidak mempunyai sebarang gejala dan ujian pertama yang dilakukan pada 23 September lepas di Kota Kinabalu ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sabah menunjukkan keputusan negatif.

“Bagaimanapun selepas keputusan kedua yang mendapati positif, saya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada Khamis dan kini, alhamdulillah saya sihat.

“Sejak ujian pertama dilakukan, saya tiada sebarang tanda-tanda demam dan batuk. Cuma sebelum masuk pejabat Isnin lalu, saya telah mengambil inisiatif sendiri untuk buat ujian swap sekali lagi dan mendapati keputusannya positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, beberapa pemimpin parti politik turut disahkan positif Covid-19 antaranya Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Razlan Muhammad Rafii.

Tambahnya, ketika menunggu keputusan ujian pertama dan kedua, dia telah menjalani kuarantin bersendirian di rumah.