- Iklan -
Berita

Pusat pentadbiran Melaka disanitasi selepas Adun positif Covid-19

Wakil rakyat berkenaan pulang dari Sabah pada 27 Disember lalu.

Nur Hasliza Mohd Salleh
1 minit bacaan
Kongsi
Kompleks Seri Negeri  Gambar: Melaka Hari Ini
Kompleks Seri Negeri Gambar: Melaka Hari Ini

Pusat pentadbiran Melaka, Kompleks Seri Negeri hari ini memulakan proses sanitasi secara menyeluruh apabila seorang ahli Dewan Undangan Negeri dijangkiti Covid-19 selepas pulang dari Sabah, hujung minggu lalu.

Seorang pegawai bertugas di pejabat Setiausaha Negeri Melaka mengesahkan perkara itu kepada MalaysiaNow. Bagaimanapun, beliau berkata keadaan masih terkawal dan selamat.

MalaysiaNow difahamkan, pemimpin berkenaan hadir ke pejabat di kompleks tersebut semalam, sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan malam tadi.

Sehingga kini, semua kakitangan kerajaan negeri yang berkhidmat di pusat pentadbiran itu diminta bekerja dari rumah dan dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan sekiranya bergejala.

Wakil rakyat berkenaan dikatakan ke Sabah sempena Pilihan Raya Negeri yang berakhir pada Sabtu lalu.

Sehingga kini, dilaporkan beberapa pemimpin parti politik positif Covid-19 termasuk salah seorang calon pilihan raya, DUN Pitas, Sufian Abdul Karim.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi serta Ketua Penerangan Umno, Mohd Razlan Rafii dan Shahril Sufian Hamdan disahkan positif virus tersebut.