- Iklan -
Berita

Pakar beri amaran kemungkinan PKP 2.0 ketika kes Covid-19 melonjak

Kenyataan ini dikeluarkan selepas pihak berkuasa mengumumkan kes Covid-19 tertinggi sejak PKPP dilaksanakan.

Amanda Suriya
2 minit bacaan
Kongsi
Pegawai kesihatan dan doktor yang bertugas lengkap memakai pakaian perlindungan peribadi (PPE) ketika melakukan ujian saringan rumah ke rumah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Petaling Jaya.
Pegawai kesihatan dan doktor yang bertugas lengkap memakai pakaian perlindungan peribadi (PPE) ketika melakukan ujian saringan rumah ke rumah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Petaling Jaya.

Seorang pakar kesihatan awam memberi amaran peningkatan kes Covid-19 sukar untuk dikekang selepas mencatatkan peningkatan tiga digit dalam tempoh lima hari minggu ini.

Kenyataan ini dikeluarkan ketika spekulasi kemungkinan perlaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengakibatkan penutupan perniagaan dan sekolah bagi mengawal pandemik yang sehinggga kini meragut nyawa 136 orang di Malaysia.

“Bagaimana jika kita semua duduk di rumah kembali buat seketika? kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham dalam ciapannya hari ini, sebelum mengumumkan jumlah 260 kes jangkitan baru yang merupakan angka tertinggi sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilaksanakan Jun lalu.

Trend penurunan tersebut memberi sinar Malaysia bakal kembali kepada kehidupan normal lebih cepat berbanding negara-negara lain.

Namun, pada 8 September kehangatan PRN Sabah menyaksikan sebanyak 100 kes baru dilaporkan berbanding 26 kes pada hari sebelumnya yang menyaksikan jumlah kes melepasi angka 10,000 sejak kes pertama dikesan pada Januari lalu.

Azrul berkata, Sabah dilihat menjadi punca kepada peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara.

Katanya, kini wabak tersebut mula kembali dilaporkan di kebanyakan negeri termasuk di utara tanah air, pantai timur dan juga Lembah Klang.

“Pada ketika ini, semua negeri kecuali Melaka mempunyai kes baru Covid-19. Kita seperti sedang menghadapi gelombang ketiga,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Cabarannya sekarang adalah untuk mengawal lonjakan kes yang sudah banyak menelan kos dan pengorbanan,” katanya.

“Ia memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak termasuk orang ramai untuk mematuhi SOP diperlukan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.”

Tetapi katanya, kepatuhan masyarakat terhadap SOP termasuk pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial amat mengecewakan termasuk golongan berpengaruh yang gagal mematuhi sementara rakyat biasa dihukum.

“Jika ia mengenai mengikut teladan, hanya sedikit dapat dilihat daripada pemimpin kita. Bagaimana kita hendak mengharapkan orang ramai untuk mematuhinya?” tambah Azrul.