Wednesday, October 28, 2020

Kerajaan akan dapatkan maklumat terperinci FGV, kata menteri

Siasatan akan dibuat secara menyeluruh sebelum tindakan seterusnya diambil.

Other News

Warisan akan sokong belanjawan bantu rakyat

Belanjawan 2021 perlu memberi fokus kepada menyelesaikan kekurangan tersebut demi manfaat rakyat Sabah.

Health ministry advises no election for now

Health DG Dr Noor Hisham Abdullah says if an election cannot be avoided, strict SOPs must be put in place and enforced to minimise infections.

Pilihan raya dalam masa terdekat tidak sesuai, kata KP Kesihatan

Jika tak dapat dielakkan, KKM akan mengadakan perbincangan dengan SPR.

SOP lebih ketat untuk PRK Batu Sapi, kata menteri

SOP tersebut perlu dibentangkan bagi menjamin kesihatan penduduk Batu Sapi yang akan keluar mengundi.

835 kes baru Covid-19, 674 dilaporkan sembuh

410 kes dilaporkan di Sabah.

Kementerian Sumber Manusia akan mendapatkan maklumat terperinci berhubung dakwaan penggunaan buruh paksa oleh syarikat perladangan FGV Holdings Berhad dalam pengeluaran produknya.

Menterinya, M Saravanan berkata siasatan akan dibuat secara menyeluruh sebelum tindakan seterusnya diambil.

“Sabar, (untuk kes ini) banyak pihak yang terlibat, ia terlalu awal. Saya perlu memeriksa apa yang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program bersama rakyat di Menara Manikavasagam di Kuala Lumpur, hari ini.

Amerika Syarikat dilapor mengharamkan import minyak sawit keluaran FGV susulan dakwaan penindasan pekerja.

Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS mengumumkan pada lewat Rabu bahawa pihaknya mengharamkan minyak sawit daripada FGV, antara pengeluar utama komoditi berkenaan di Malaysia, selepas siasatan selama setahun.

Jurucakap CBP Brenda Smith dilaporkan berkata siasatan mendapati terdapat petunjuk pekerja ditindas secara fizikal dan seksual, ditakut-takutkan dan gaji mereka ditahan, di samping dakwaan penggunaan tenaga buruh kanak-kanak.

Sementara itu, Saravanan berkata beliau juga menerima maklumat sebuah lagi syarikat besar di negara ini bakal dikenakan tindakan sama oleh AS.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles