- Iklan -
Berita

Isis Malaysia lantik Herizal sebagai ketua pegawai eksekutif baru

Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) Malaysia mengumumkan pelantikan Herizal Hazri sebagai ketua eksekutif baru hari ini. Menurut Isis, pelantikan Herizal yang juga bekas wakil negara The Asia Foundation dilakukan kerana kepakarannya dalam bidang pembangunan, masyarakat sivil dan demokrasi. Herizal juga dikenali sebagai mempunyai hubungan baik dengan kumpulan pemikir, badan bukan kerajaan dan institusi pendidikan […]

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Pegawai Eksekutif Isis Malaysia yang baru, Herizal Hazri.
Ketua Pegawai Eksekutif Isis Malaysia yang baru, Herizal Hazri.

Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) Malaysia mengumumkan pelantikan Herizal Hazri sebagai ketua eksekutif baru hari ini.

Menurut Isis, pelantikan Herizal yang juga bekas wakil negara The Asia Foundation dilakukan kerana kepakarannya dalam bidang pembangunan, masyarakat sivil dan demokrasi.

Herizal juga dikenali sebagai mempunyai hubungan baik dengan kumpulan pemikir, badan bukan kerajaan dan institusi pendidikan baik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.

“Pada 2004, Herizal terlibat dalam misi pemerhati antarabangsa untuk pemilihan presiden Afghanistan dan turut bertindak sebagai pemerhati di Pakistan, Afghanistan dan Iran.

“Herizal juga juga pernah berkhidmat sebagai ahli ‘International Contact Group’ untuk proses pendamaian di Mindanao, di mana beliau membantu Putrajaya untuk memudahcara bagi misi keamanan berkenaan,” kata Isis.

“Herizal pernah bekerja di 11 negara Asia, termasuk Indonesia, Timor Leste, Thailand, Filipina, Kemboja, Myanmar, Pakistan, Afghanistan, Sri Lanka, Bangladesh dan Taiwan.”

Herizal dilantik bagi menggantikan Rastam Mohd Isa yang berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif Isis Malaysia sejak 2014.