Sunday, January 24, 2021

Bung Moktar gesa semua pihak hentikan sandiwara susulan PRN Sabah

'Post mortem" akan dibuat bagi mencari punca kekalahan beberapa kerusi yang ditandingi BN.

Other News

No lockdown, business chamber clarifies after leaked letter

Eurocham calls for calm, saying there was no mention of an immediate lockdown after Feb 4.

Pasar Borong Pandan di JB ditutup seminggu kerana Covid-19

Pasar terbabit akan beroperasi semula selepas kerja-kerja sanitasi selesai dilakukan mengikut tarikh ditetapkan.

Berbalah jawatan PM ketika negara berdepan Covid-19 kerja mengarut, kata Hadi

Perbalahan itu hanya mengganggu usaha membantu rakyat yang terkesan oleh penularan pandemik tersebut, justeru harus dihentikan.

4,427 dilaporkan pulih, jumlah tertinggi setakat ini

3,346 kes baru Covid-19, 11 lagi kematian direkodkan.

Recoveries hit new high but 11 more deaths take toll to 678

3,346 new cases, 265 in ICU and 102 in need of respiratory assistance.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Bung Moktar Radin, mahu pihak yang masih bersandiwara dengan menyalahkan pemimpin tertentu dalam hal dan urusan Sabah, susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 lalu agar menghentikan tindakan tersebut.

Beliau berkata pihak berkenaan seharusnya berlaku adil, agar tidak merugikan parti dengan agenda peribadi.

“Kita jernihkan keadaan, bukan mengeruhkan lagi kedukaan kita dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

“Duka dan pedihnya, Umno Sabah yang merasainya, kita undur selangkah ke belakang bukan bererti kalah, tetapi kita bersedia untuk melangkah jauh lagi ke hadapan,” kata timbalan ketua menteri Sabah itu dalam kenyataan menerusi laman Facebook Barisan Nasional (BN) hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lamag itu berkata, “post mortem” juga akan dibuat bagi mencari punca beberapa kerusi yang ditandingi BN, mengalami kekalahan.

Bagaimanapun, beliau bersyukur BN masih mampu memenangi 14 kerusi daripada 32 kerusi yang mereka tandingi, malah 70% daripadanya adalah muka baru.

Bung Moktar berkata, Umno Sabah juga akan membuat penambahbaikan bagi memastikan BN dapat merampas semula kerusi-kerusi tersebut pada PRN akan datang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Gajet, capaian internet sudah jadi keperluan asas pendidikan, kata ibu bapa

Capaian internet dan gajet merupakan dua faktor yang saling bergantung antara satu sama lain.

As calls grow against Zahid, focus returns to ‘secret letter’ to Agong

Leaders at divisional levels are questioning the silence of the disciplinary board.

Ketika Zahid terus diserang, tumpuan kini terarah ke ‘surat rahsia’ kepada Agong

Pemimpin bahagian mempersoalkan lembaga disiplin Umno kerana tidak mengambil tindakan.

Umno rebellion grows as Pahang division joins Youth’s call to oust Zahid

Paya Besar Umno chief becomes the latest to call for Zahid's resignation.

Desakan singkir Zahid berterusan selepas Umno bahagian Pahang sokong Pemuda

Kelemahan kepimpinan Zahid, ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi dan ahli-ahli Parlimen Umno menyebabkan parti Melayu itu hilang hala tuju.