Monday, March 1, 2021

PBB tak berhasrat kembali sertai BN, kata Fadillah

PBB sebelum ini bertindak keluar daripada BN selepas PRU14 yang lepas.

Other News

Sabah, Sarawak dapat layanan adil, kata Muhyiddin

Terdapat banyak lagi usaha yang perlu dibuat bagi meletakkan kedua-dua negeri berkenaan agar setara dengan Semenanjung.

I have big support, Muhyiddin says as he marks first year as PM

He maintains that he still possesses majority support, rejecting accusations that the state of emergency was a ploy to remain in power.

Muhyiddin tetap perkukuh hubungan antarabangsa

Pandemik Covid-19 tidak bermakna negara tidak memberi perhatian dalam hubungan antarabangsa.

Darurat Covid-19 diperlukan, kata PM

'Saya pun tak tahu parti mana sekarang yang mempunyai jumlah kerusi yang lebih besar daripada saya', kata Muhyiddin.

2,437 kes positif, jumlah jangkitan Covid-19 kini melebihi 300,000

300,752 jumlah keseluruhan kes positif dilaporkan di Malaysia.

PBB Sarawak, buat masa ini tidak berhasrat untuk menyertai semula Barisan Nasional (BN) sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Naib Yang Dipertua Kanan PBB Fadillah Yusof berkata setakat ini, parti itu berpendirian untuk kekal bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Sekarang kami bersama kerajaan Persekutuan dan bekerjasama erat dengan Perikatan Nasional (PN) yang merupakan gabungan ahli-ahli Parlimen Bersatu, PAS, Umno dan juga komponen-komponen BN.

“Bagi kita apa yang penting ialah kita fokus kepada Sarawak sendiri dalam konteks pembangunan dan hak-hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963…kita akan kekal di bawah GPS tetapi akan bekerjasama dengan semua pihak,” kata Fadillah yang juga menteri kanan kerja raya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Strategik Jabatan Kerja Raya (JKR) 2021-2025 di Kuala Lumpur hari ini.

PBB sebelum ini bertindak keluar daripada BN selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lepas.

Selain PBB, tiga parti lain dalam GPS ialah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

PRN Sarawak ke-11 diadakan pada 7 Mei 2016 dan tempoh akhir untuk mengadakan PRN berikutnya ialah pada Julai tahun depan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Umno tak boleh ubah keputusan BN sesuka hati, kata MIC

Keputusan untuk bersama dengan PN membentuk kerajaan sebelum ini dilakukan sebagai 'en-bloc' BN dan bukannya atas mana-mana parti.

As GPS rides high in Sarawak, no sign of opposition joining forces

Bad blood between PSB and Pakatan Harapan in the state is likely to derail any cooperation, even in the interest of ensuring straight fights with the ruling GPS.

Ketika GPS berada di puncak, tiada tanda-tanda pembangkang akan bergabung

Pembangkang masih dilihat gagal mencapai kata sepakat dalam pembahagian kerusi yang ingin ditandingi pada pilihan raya akan datang.

Tuduhan rasuah terhadap saya sengaja direka, kata Zahid Hamidi

Presiden Umno itu mencabar sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis terhadapnya berhubung dakwaan tersebut.

Pertandingan 3 penjuru PRU15 rugikan politik Melayu-Islam, kestabilan negara

Hasil kajian tiga badan bukan kerajaan (NGO) itu mengambil kira negeri utara, pantai barat, pantai timur dan selatan.