Sunday, May 9, 2021

Dari ‘DJ radio’ ke ketua menteri Sabah

Hajiji memulakan kerjaya sebagai juruhebah radio RTM pada 1976.

Other News

Berasal dari keluarga petani dan nelayan bermusim, Hajiji Noor merupakan seorang pemidato terbaik dalam pertandingan pidato peringkat sekolah-sekolah menengah di negeri Sabah.

Berbekalkan kelulusan dan bakat berhujah, beliau memulakan kerjaya pada 1976 sebagai seorang juruhebah Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama setahun.

Semangat beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat secara langsung membuat beliau menukar kerjaya sebagai Penolong Pegawai Pembangunan di Pejabat Daerah Tuaran pada 1977.

Beliau ditawarkan biasiswa kerajaan negeri Sabah untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat, sehingga memperolehi ijazah Sarjana Muda Pengurusan Ekonomi Masyarakat.

Beliau kemudian berkhidmat sebagai pegawai penguasa Kastam dari tahun 1986 hingga tahun 1990.

Hajiji pernah menyandang pelbagai jawatan antaranya, setiausaha politik kepada timbalan perdana menteri (Abdul Ghafar Baba), ahli lembaga pengarah Bank Rakyat, pembantu menteri belia dan sukan Sabah, pembantu menteri pembangunan perindustrian Sabah dan pembantu menteri kewangan Sabah.

Berkat keikhlasan dan ketabahan sebagai pemimpin sejati, beliau diberi peranan memegang jawatan menteri kerajaan tempatan dan perumahan Sabah.

Dengan semangat perjuangan yang tinggi untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara, beliau mengorbankan jawatan sebagai pegawai kanan kerajaan untuk menceburkan diri dalam politik secara sepenuh masa.

Beliau diberi kepercayaan oleh rakyat di Tuaran, yang memilihnya sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman sejak 1990 sehingga kini.

Sejak pilihan raya umum (PRU) 1994 hingga PRU 2018, beliau mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman atas tiket Umno. Beliau berkhidmat selama enam penggal berturut-turut.

Bagaimanapun pada PRU14 beliau keluar dari Umno selepas kerajaan Barisan Nasional tumbang dan menyertai Bersatu.

Beliau akan dilantik sebagai ketua menteri Sabah pagi tadi.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mewakili Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan PBS berjaya memenangi 38 daripada 73 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 minggu lalu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles