Tuesday, October 27, 2020

Covid-19: 4 kluster baru dikesan 2 di Sabah, 1 Selangor, 1 Johor

101 kes baru Covid-19 menjadikan jumlah kes positif adalah 11,135 dengan kebolehjangkitan adalah 1,062 kes.

Other News

Bug out, litterbugs

Littering on roads and highways especially could cause damage to other vehicles or even give rise to accidents as drivers swerve to avoid the garbage.

Pendedahan: Kisah di sebalik surat Zahid kepada Agong

Mesyuarat panas, pemimpin Umno terkejut dengan permintaan presiden agar memecat pemimpin partinya daripada Kabinet.

Revealed: The inside story of Zahid’s letter to the Agong

Heated meetings, shocked party leaders, and a demand by the Umno president for his colleagues to be sacked from Cabinet.

Qatar faces scrutiny after women ‘forcibly examined’

Qatar's government has yet to address the airport allegations, despite a furious rebuke by Australia's Foreign Minister Marise Payne.

AstraZeneca, Oxford Uni buoyed by ‘encouraging’ vaccine response

An AstraZeneca spokesman says the initial results 'further build the body of evidence for the safety and immunogenicity' of its experimental vaccine.

Malaysia mencatatkan 101 kes baru Covid-19 menjadikan jumlah kes positif adalah 11,135 dengan kebolehjangkitan adalah 1,062 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, daripada kes baru itu, empat adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan seorang warganegara dan tiga bukan warganegara dari Myanmar iaitu dua kes di Sarawak, Arab Saudi (satu kes di Sarawak) dan Nigeria (satu kes di Selangor).

“Daripada 97 kes penularan di dalam negara, 93 kes adalah warganegara Malaysia dan empat kes adalah bukan warganegara.

“Sebanyak 17 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah pada hari ini, menjadikan jumlah kes sebanyak 63 sejak 20 Sept lepas,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini Covid-19.

50 kes yang pulih Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 9,939 kes (89.3% daripada jumlah keseluruhan kes).

Dr Noor Hisham berkata terdapat 13 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lima memerlukan bantuan pernafasan, manakala tiada pertambahan kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal 134 kes (1.20% daripada jumlah keseluruhan kes).

Sementara itu katanya Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesan empat kluster baru iaitu dua di Sabah dikenali Kluster Jalan Bomba serta Kluster Jalan Utara, satu di Selangor yang dikenali sebagai Kluster Benteng PK, dan satu lagi di Johor dikenali sebagai Kluster Bakawali.

Katanya kes indeks bagi Kluster Jalan Bomba iaitu kes ke-11,110 merupakan lelaki warganegara yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah pada 20 Sept lepas.

“Kes bergejala demam dan batuk serta didapati positif Covid-19 pada 28 Sept 2020. Kes dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan (Sabah) dan hasil saringan kontak rapat mendapati dua lagi kes positif Covid-19 pada 28 Sept lepas.

“Pengenalpastian kontak rapat dan saringan masih lagi diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan. Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya.

Berhubung Kluster Jalan Utara, beliau memberitahu kluster itu dikenal pasti hasil saringan petugas kesihatan di sebuah institut latihan di Sandakan, Sabah dengan dua petugas kesihatan telah dikesan positif Covid-19 pada 28 Sept.

“Mereka tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan. Pengenalpastian kontak rapat dan saringan masih lagi diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan serta punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya.

Kluster Benteng PK pula dikenal pasti hasil saringan pendatang tanpa izin di Klang, Selangor dari 16 Sept hingga 25 Sept lepas dengan lapan orang dikesan positif Covid-19, kata Dr Noor Hisham.

“Hasil saringan kontak rapat mendapati satu lagi kes positif bagi kluster ini pada 28 Sept yang melibatkan anggota polis. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Sehingga kini, seramai 148 individu disaring. Keputusan saringan adalah sembilan kes positif Covid-19 dan 139 dikesan negatif,” katanya.

Sementara bagi Kluster Bakawali, beliau berkata kes indeks bagi kluster itu iaitu kes ke-10,911 dan kes ke-10,912 merupakan pasangan suami isteri yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah pada 13 Sept hingga 18 Sept lepas.

Menurut Dr Noor Hisham, kedua-dua kes bergejala demam, selesema dan batuk pada 24 Sept 2020 yang kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, sebelum didapati positif Covid-19 pada 26 Sept lepas, serta dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Johor.

“Hasil saringan kontak rapat mendapati dua lagi kes positif bagi kluster ini. Sehingga 29 Sept 2020, seramai 25 individu disaring dengan empat kes dikesan positif Covid-19, 13 individu negatif dan lapan individu masih menunggu keputusan.

“Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang terlibat. Punca jangkitan masih dalam siasatan bagi kesemua kluster,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata terdapat peningkatan kes Covid-19 di Malaysia sejak 7 Sept lepas, dengan Sabah dan Kedah banyak menyumbang kepada jumlah keseluruhan kes.

“Untuk makluman, jumlah kes positif Covid-19 harian masih tinggi kebelakangan ini. Justeru, masyarakat dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Diharapkan dengan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh pihak KKM, agensi-agensi lain dengan kerjasama masyarakat, dapat membendung penularan Covid-19 di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, merujuk isu tular mengenai sebuah pusat membeli belah yang mengeluarkan kenyataan berhubung pekerja yang disahkan positif Covid-19, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) menghargai tindakan proaktif pusat itu yang membantu dalam langkah kawalan dan pencegahan.

Bagaimanapun, KKM perlu menjalankan siasatan terperinci sebelum menyatakan sesuatu kawasan sebagai berisiko tinggi (hotspot) memandangkan penentuan hotspot adalah berdasarkan lokasi kes positif dan yang berpotensi menjadi punca penularan Covid-19.

“KKM perlu melakukan penilaian risiko dan kadar kebolehjangkitan sebelum menyatakan sesuatu tempat sebagai berpotensi menjadi punca penyebaran virus Covid-19,” katanya.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

AstraZeneca, Oxford Uni buoyed by ‘encouraging’ vaccine response

An AstraZeneca spokesman says the initial results 'further build the body of evidence for the safety and immunogenicity' of its experimental vaccine.

Air pollution linked to 15% of coronavirus deaths, study says

In East Asia, the authors found that 27% of Covid-19 deaths could be attributed to the health effects of poor air quality.

1,240 new cases, death toll up by 7

691 recoveries also reported.

Ronaldinho tests positive for Covid-19

He says he is doing well and is asymptomatic for now.

Spain declares virus emergency as global cases soar

Spain was the first EU member state to pass the bleak milestone of one million cases and has been joined since by northern neighbour France.