- Iklan -
Berita

Ketua menteri Sabah baru angkat sumpah esok pagi

Bagaimanapun, identiti ketua menteri Sabah masih belum diketahui.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Kelihatan kereta Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin dan Pengerusi PN Sabah Hajiji Noor memasuki Istana Negeri Sabah yang dikawal ketat anggota polis kerana dijangka berlaku istiadat angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin hari ini. Gambar: Bernama

Angkat sumpah jawatan ketua menteri Sabah yang baru dijadual bermula pukul 10.30 pagi esok.

Menurut pemakluman Jabatan Penerangan Sabah hari ini, istiadat angkat sumpah itu akan diadakan di Istana Negeri Sabah di Jalan Istana di Kota Kinabalu.

Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin dilaporkan sebagai berkata Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin meminta tempoh bagi menentukan siapa ketua menteri Sabah baharu.

Sebelum itu, Bung Moktar bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Hajiji Noor, Presiden Star Jeffrey Kitingan dan Setiausaha Agung PBS Jahid Jahim mengadakan pertemuan lebih sejam dengan Juhar di istana itu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu lepas, pakatan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada PN, BN dan PBS memperoleh 38 kerusi berbanding Warisan Plus mendapat 32 kerusi manakala Bebas (3).