- Iklan -
Berita

Hajiji dipanggil mengadap Yang Dipertua Sabah

Berkemungkinan besar membincangkan tentang angkat sumpah ketua menteri Sabah yang baru.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Hajiji Noor (depan, dua kanan) bersama Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin (depan, dua kiri), Presiden Star Jeffrey Kitingan (depan, kanan) dan Setiausaha Agung PBS Jahid Jahim (kiri) selepas mengadakan sidang media bersama di sebuah hotel di Kota Kinabalu. Gambar: Bernama

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Hajiji Noor hari ini dipanggil menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin.

Hajiji yang berpakaian blazer, bersongkok dan berkemeja putih tiba di Istana Negeri pada 3.55 petang menaiki kenderaan berwarna hitam.

“Saya dipanggil,” katanya menjawab ringkas soalan pemberita mengapa beliau ke istana itu di Kota Kinabalu hari ini.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini sebulat suara menamakan Hajiji, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman, sebagai calon ketua menteri Sabah yang baru.

GRS memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 apabila memperoleh 38 daripada keseluruhan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri.