Tuesday, October 20, 2020

3 kluster baru Covid-19, 2 di Sabah, 1 di KL

Kawalan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan sedang dijalankan di semua lokasi yang dikenal pasti bagi ketiga-tiga kluster baru ini.

Other News

Dulu estet getah, kini bandar raya berpotensi besar

Pakar ekonomi lihat bandar raya terbaru Selangor memiliki potensi besar untuk pembangunan.

Bright lights ahead for one-time rubber plantation turned city?

Economist sees Subang Jaya, Selangor's newest city, as having great potential for growth.

In CMCO areas, employees at management, supervisory levels told to work from home

Minister Ismail Sabri Yaakob says this is no longer a request.

862 kes baru Covid-19, 634 pesakit sembuh hari ini

Kes baru Covid-19 mencatatkan angka melebihi 800 untuk hari ketiga berturut-turut.

New cases pass 800 mark for third day as death toll increases

The bulk of new cases continue to be reported in Sabah.

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tiga kluster baru iaitu dua di Sabah dikenali kluster Buang Sayang dan kluster Kg Sakong, sementara di Kuala Lumpur pula dikenali Kluster Setapak.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster Buang Sayang dikesan di Sipitang, Sabah, dengan kes indeks (kes ke-10265) mempunyai sejarah perjalanan ke Sipitang dari 7 hingga 20 Sept.

“Kes mula mengalami gejala demam, selesema dan sakit tekak pada 19 Sept dan kemudiannya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan. Saringan Covid-19 didapati positif pada 20 Sept dan kes dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah.

“Susulan itu, pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat dijalankan di mana seramai 10 individu telah disaring sehingga hari ini dengan empat kes dikesan positif, manakala enam individu masih menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kluster Kg Sakong pula dikesan di Semporna, Sabah, dengan kes indeks (kes ke-10154) dikesan positif pada 18 Sept melalui saringan komuniti. Kes adalah tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan.

Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat kluster ini juga dijalankan iaitu seramai 66 individu disaring sehingga hari ini dengan sembilan kes dikesan positif, manakala 57 lagi menunggu keputusan.

Mengenai kluster Setapak, Dr Noor Hisham berkata kes indeks (kes ke-10689) mempunyai sejarah perjalanan ke Tawau dan Semporna, Sabah dari 17 hingga 20 Sept.

“Kes mula mengalami gejala demam, batuk, sakit tekak, sakit otot dan cirit-birit sejak 21 Sept dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan pada 25 Sept di mana saringan Covid-19 didapati positif pada hari yang sama, seterusnya dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.

“Dua lagi kes positif yang dikesan adalah rakan serumah (iaitu kes ke-10770) dan rakan (iaitu kes ke-10771) kepada kes indeks. Mereka turut dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Susulan itu, pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat dijalankan dan seramai 20 individu disaring sehingga hari ini dengan tiga kes dikesan positif, 16 negatif, manakala seorang lagi masih menunggu keputusan.

Katanya, langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan sedang dijalankan di semua lokasi yang dikenal pasti bagi ketiga-tiga kluster baru ini.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

What Malaysia should and should not do about Philippine claim to Sabah

It is not enough for Malaysia to rest on the fact that it has both de facto and de jure sovereignty in Sabah, despite the Philippines' claim to the contrary.

PKPD di Penjara Kepayan, Sabah mulai esok hingga 2 Nov

Pelaksanaan PKPD selama 14 hari itu melibatkan 3,511 individu merangkumi 2,914 banduan dan 597 kakitangan penjara.

865 kes baru Covid-19, 643 dilaporkan di Sabah

Sebanyak 455 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang.

Kepayan prison in Kota Kinabalu to come under EMCO

The EMCO there will run from tomorrow until Nov 2.

Ex-contractor jailed 14 days, fined RM1,000 for flouting quarantine order

Md Syafrizan Salleh was told to self-quarantine for 14 days after returning from Sabah but left the centre to work and buy daily necessities.