Wednesday, May 19, 2021

PKPD di penjara, kuarters Taman Ehsan di Tawau, dilanjutkan hingga 9 Okt

PKPD dilanjutkan selama 14 hari lagi.

Other News

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan di Tawau, Sabah, dilanjutkan selama 14 hari bermula 26 Sept hingga 9 Okt ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sebelum ini melaksanakan PKPD di kedua-dua lokasi berkenaan bermula 11 hingga 25 Sept lepas.

“Dalam tempoh tersebut, kadar kes baharu positif Covid-19 di kawasan berkenaan ialah dua angka sehari dan pada 23 Sept, sebanyak 107 kes baharu dilaporkan.

“Mengambil kira penilaian risiko terhadap penularan wabak ini, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di kawasan tersebut selama 14 hari bermula semalam (26 Sept) hingga 9 Okt ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan melaksanakan PKPD di kedua-dua lokaliti tersebut, ekoran peningkatan kes baru positif Covid-19 yang melonjak ke angka tiga digit iaitu 100 kes dicatat dan sebanyak 62 kes daripadanya dalam tempoh 24 jam melibatkan kluster penjara di Tawau dan Lahad Datu.

Bagaimanapun, Ismail Sabri dipetik sebagai berkata penduduk di Tawau tidak perlu khuatir kerana keadaan di luar Penjara Tawau akan seperti biasa.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles