Tuesday, October 20, 2020

Lebih separuh calon PRN Sabah hilang deposit

Antara PRN yang mempunyai paling ramai calon bertanding.

Other News

Dulu estet getah, kini bandar raya berpotensi besar

Pakar ekonomi lihat bandar raya terbaru Selangor memiliki potensi besar untuk pembangunan.

Bright lights ahead for one-time rubber plantation turned city?

Economist sees Subang Jaya, Selangor's newest city, as having great potential for growth.

In CMCO areas, employees at management, supervisory levels told to work from home

Minister Ismail Sabri Yaakob says this is no longer a request.

862 kes baru Covid-19, 634 pesakit sembuh hari ini

Kes baru Covid-19 mencatatkan angka melebihi 800 untuk hari ketiga berturut-turut.

New cases pass 800 mark for third day as death toll increases

The bulk of new cases continue to be reported in Sabah.

Seramai 275 daripada 447 calon yang bertanding pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hilang wang deposit apabila gagal memperoleh satu per lapan atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.

Seramai 172 calon lain kalah tetapi tidak hilang deposit.

Antara mereka yang hilang deposit ialah pertandingan 11 penjuru di DUN Bengkoka yang menyaksikan paling ramai calon hilang wang deposit apabila lapan calon memperoleh kurang daripada satu per lapan daripada undian keseluruhan.

Calon yang hilang deposit ialah Jose Modsinupu (PCS), Samuil Mopun (PBS), Sotijin Juhui (Gagasan), Rita Cham (PPRS), Omar Jalun (Usno) serta tiga calon Bebas iaitu Pransol Tiying, Mary E. [email protected] Ambros, Akian Ah Kiew.

Manakala, dua pemimpin utama LDP iaitu presiden kehormat seumur hidup LDP, Chong Kah Kiat dan presidennya Chin Su Phin turut hilang deposit masing-masing di DUN Inanam dan Api-Api.

Chong kecundang dalam pertandingan 10 penjuru yang menyaksikan enam lagi calon lain yang bertanding di kerusi berkenaan hilang wang pertaruhan iaitu Terence Tsen Kim Katt (Parti Kerjasama Anak Negeri), Mohd Hardy Abdullah @ Zoro Yukon (Usno), Regina Lim @ How (PCS), Goh Fah Shun (Gagasan) dan dua calon Bebas iaitu Ngui Kuang Kee @George Ngui dan Achmad Noorasyrull Noortaip.

DUN Api-Api, yang menyaksikan pertandingan sembilan penjuru, enam calon lain selain Chin hilang wang deposit iaitu Lo Yau Foh (PPRS), Chong Tze Kiun (Gagasan), Pang Yuk Ming (PCS) dan tiga calon Bebas iaitu Marcel Jude dan Sim Sie Hong dan Ng Chun Sua.

PRN Sabah turut menyaksikan calon Warisan, Phoong Jin Zhe yang bertanding di DUN Luyang, memperoleh jumlah undi terbanyak iaitu 15,510 undi, menewaskan lima lagi pencabarnya yang kesemuanya hilang wang deposit.

Manakala Rina Jainal, juga calon Warisan menang dengan majoriti paling kecil, iaitu mendahului hanya dengan 10 undi berbanding pencabar terdekatnya Chaya Sulaiman yang memperoleh 2,824 undi dalam pertandingan tujuh penjuru di DUN Kukusan.

Lima lagi pesaing Rina turut hilang wang deposit.

Dalam pada itu, PRN kali ini yang berlangsung semalam juga menyaksikan sejumlah 3,884 kertas undi tidak dikembalikan manakala 14,056 undi ditolak daripada keseluruhan 749,083 atau 66.61 peratus pemilih berdaftar yang keluar mengundi.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Orang luar tak boleh cakap bagi pihak DAP, kata Guan Eng

Kenyataan tegas Lim Guan Eng ini menimbulkan lagi persoalan sama ada Anwar benar-benar mempunyai sokongan "kukuh dan meyakinkan".

Selepas pendedahan Zahid-Najib, tawaran lebih baik untuk Umno, tiada rombakan Kabinet

Sebarang keputusan dibuat akan meneutralkan mereka yang mahukan kedudukan lebih baik bagi Umno tanpa menggugat kedudukan Muhyiddin.

Politik apakah di sebalik surat ke Istana?

Jangan lupa, terdapat juga gerakan putera Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah.

Kerja sebenar menteri adalah di meja pejabat

Ini kerana pegawai kerajaan menunggu keputusan dibuat ahli politik sebelum sesuatu pelaksanaan dijalankan.

Editorial: Adakah kami silap dengan laporan kami?

Dalam mendedahkan "sisi hodoh" pandemik politik, kami mungkin mengalihkan perhatian rakyat Malaysia terhadap ancaman lebih besar.