- Iklan -
Berita

GRS menang PRN Sabah

Kemenangan GRS menyaksikan kerajaan Warisan Plus yang berusia 26 bulan digantikan dengan pemerintahan baru.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Reaksi Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainuddin ketika menyaksikan keputusan semasa Pilihan Raya Negeri Sabah hari ini. Gambar: Bernama
Reaksi Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainuddin ketika menyaksikan keputusan semasa Pilihan Raya Negeri Sabah hari ini. Gambar: Bernama

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 selepas mendapat 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekaligus merampas negeri di bawah bayu itu daripada Warisan Plus.

38 kerusi itu diperoleh hasil kemenangan parti gabungan tersebut membabitkan Perikatan Nasional di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Barisan Nasional (14 kerusi) dan PBS (tujuh kerusi).

Gabungan Warisan Plus yang membabitkan Warisan, DAP, Amanah, Upko dan PKR menang di 32 kerusi DUN.

Sementara calon bebas menang di 3 kerusi DUN.