Wednesday, October 28, 2020

Faktor kekalahan Warisan Plus dalam PRN Sabah

Peratusan keluar mengundi yang rendah tidak memberikan kelebihan kepada gabungan Warisan Plus untuk mempertahankan kerajaan negeri Sabah.

Other News

Reman 8 lelaki berhubung pencemaran Sungai Selangor disambung 6 hari

Bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan melakukan khianat dengan mendatangkan bencana.

Marauding monkeys bring fear to historic Indian tourist haven

Many homes now have metal cages over their terraces and windows to keep out the invaders, who have even been known to steal from refrigerators.

Malaysia kecam ucapan benci dan fitnah Islam presiden Perancis

Tindakan tersebut bersifat provokatif dan tidak menghormati agama Islam serta lebih daripada dua bilion umat Islam di seluruh dunia.

UN predicts no international travel rebound until late 2021

Even where flights are available, people just don't yet feel safe travelling internationally.

In Hong Kong locals can dine out together again while Singaporeans plan foodie trips home

Hong Kong and Singapore are paving the way for leisure travellers to fly between them.

Rakyat Sabah sudah bersuara. Apapun natijah yang keluar sama ada menggembirakan sebelah pihak ataupun mendukacitakan sebelah pihak lagi ianya adalah adat di dalam demokrasi.

Semua pihak harus berlapang dada, menghormati dan menerima keputusan rakyat yang turun menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Berdasarkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan juga Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya mendapat tempat di hati majoriti pengundi sekaligus menafikan peluang Warisan Plus yang mentadbir selama 26 bulan.

Pelbagai aspek menarik boleh dibedah di sebalik keputusan yang “meranapkan” kerajaan pimpinan Mohd Shafie Apdal ini.

Antara analisis awal Ilham Centre dapatlah dirumuskan, punca kekalahan Warisan Plus berdasarkan cerapan kajian kami di Sabah ini adalah seperti berikut:

Peratusan keluar mengundi rendah

Peratusan jumlah keluar mengundi di paras bawah 70% memberikan impak besar kepada Warisan Plus untuk mengekalkan kemenangan. Ini kerana kemenangan Warisan Plus pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu disumbangkan sokongan pengundi muda berumur di bawah 40 tahun yang tinggi.

Kebanyakan pengundi segmen ini berada di luar kawasan mengundi kerana bekerja di Kota Kinabalu, Labuan, bandar lain dan juga di Semenanjung. Kelompok pengundi muda di luar kawasan ini sangat signifikan mengundi Warisan pada PRU14 lalu.

Dua faktor yang dikenalpasti mengapa anak muda yang berada di luar tidak minat untuk pulang mengundi. Antara hujah yang kami temui seawal kajian dijalankan ialah kurangnya keterujaan pengundi muda terhadap PRN kali ini.

Ini kerana, semasa PRU14 lalu, kempen Ubah oleh Warisan bagi menukar kerajaan kleptokrat sangat kuat. Mudahnya, kempen ketika itu membawa semangat menukar kerajaan BN lebih utama dari faktor lain.

PRN kali ini ternyata berbeza. Sentimen Ubah sudah tidak laku lagi. Ianya sudah beralih kepada pola memilih calon lebih utama akibat pertembungan banyak penjuru dan penglibatan calon yang ramai mengambil bahagian kali ini.

Oleh sebab itu, pengundi muda tidak termasuk dalam fenomena perbahasan memilih calon. Keadaan ini mengundang kepada anak muda tidak berminat berpartisipasi memilih wakil rakyat mereka dan akhirnya mereka tidak minat untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Ada yang menyatakan kelelahan “fatigue” dengan perebutan kuasa berpanjangan menambah lagi kepada faktor hilangnya ghairah anak muda untuk pulang mengundi.

Faktor kedua yang menyumbang rendah peratusan ialah kesan pandemik Covid-19. Laporan peningkatan kes hari ke hari menyebabkan pengundi takut untuk pulang mengundi. Ini mempengaruhi psikologi pengundi.

Tambahan pula ada yang menyebarkan berita akan berlaku “lockdown” dan kuarantin selepas mengundi. Bagi pengundi yang bekerja, mereka sangat khuatir apabila menjalani kuarantin mereka berkemungkinan akan hilang pekerjaan kerana majikan rugi dan membuang mereka.

Bagi pengundi luar yang mengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di zon kuning seperti Lahad Datu dan Tawau, ketakutan untuk berlaku infeksi menyebabkan mereka membuat keputusan untuk tidak pulang mengundi.

Dengan faktor ini, sudah pastilah beberapa kerusi DUN yang dimenangi Warisan Plus dengan jumlah undi marginal terjejas, seterusnya Warisan Plus hilang penguasaan mereka kepada GRS.

Pengundi KDM menolak Upko

Kawasan DUN yang berada dalam kawasan etnik Kadazan Dusun Murut atau lebih dikenali sebagai KDM nampaknya menolak Parti Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (Upko). Upko hilang pengaruh kerana pengundi KDM tidak dapat menerima keputusan politik Upko mengalih sokongan dari BN kepada Warisan Plus selepas PRU14.

Dahulunya rakyat yang memilih Upko adalah kerana parti berkenaan menggunakan logo BN. Kali ini Upko menggunakan logo Warisan. Bagi pengundi tradisi mereka, ianya sedikit sebanyak menjejaskan sokongan pengundi asas mereka kerana tidak setuju ataupun keliru dengan pendirian Upko.

Selain itu, sepanjang tempoh mereka mengubah kiblat politik kepada menyokong Warisan, Upko tidak berusaha meredakan kemarahan tersebut dengan hujah yang dapat diterima oleh pengundi mereka.

Walaupun ada usaha taktikal Upko untuk meneutralkan keadaan dengan membawa Richard Malanjun turun berkempen menyokong Warisan Plus, ternyata ianya sudah terlewat. Akhirnya Upko dihukum, menang 1 kerusi sahaja daripada 12 kerusi DUN ditandinginya. Seakan terkena tumbukan “TKO (technical knock out)” buat Upko dalam PRN ini.

Semua calon Upko tewas kecuali Ewon Benedick yang menang di kerusi Kadamaian. Presiden Upko Wilfred Madius Tangau tewas di tangan Joniston Bangkuai dari PBS. Jelas penolakan ini sangat kuat. Personaliti dan kekuatan calon Upko tetap ditolak juga kali ini. Faktor lain lebih dominan dalam penilaian pengundi terhadap Upko iaitu faktor identifikasi parti dan isu memainkan peranan.

Kesannya, pola sokongan kepada Upko merosot mendadak. Pengundi KDM mengalih sokongan mereka dengan mengangkat PBS dan Star menggantikan wakil rakyat Upko. Bagi kami, wilayah KDM yang menjadi faktor penentu hilangnya penguasaan kerajaan Warisan Plus di Sabah.

Rakan komponen tak bantu Warisan tingkat sokongan

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal selepas mengadakan sidang media di Kota Kinabalu selepas keputusan PRN Sabah diumumkan. Gambar: Bernama

Keputusan PRN kali ini jelas menunjukkan prestasi parti Warisan sebenarnya berlaku peningkatan jumlah kerusi. Meningkat sebanyak 7 %. Dahulunya semasa PRU 14 mereka memperolehi 21 DUN, kini mereka memperolehi 29 DUN dengan pertambahan 8 DUN lagi.

Upko merupakan parti komponen Warisan Plus yang paling terjejas teruk. Upko hanya menang satu kerusi daripada keseluruhan 12 kerusi yang mereka sertai. Kemerosotan jumlah kerusi Upko akibat kesan penolakan pengundi KDM dan Rungus terhadap mereka seperti huraian di atas merupakan punca utama tumbangnya kerajaan Warisan Plus.

PKR pula mengekalkan status quo dengan jumlah dan DUN yang sama dimenangi pada PRU lalu. Amanah yang bertanding menggunakan logo Warisan pula mensia-siakan peluang menyumbangkan satu kerusi tambahan apabila tewas kepada BN di DUN Tanjung Keramat. Pendek kata, tanpa kekuatan Warisan, sudah tentu Warisan Plus akan kalah lebih teruk.

Isu PTI dan ‘Sempornasisasi’ pengaruhi pengundi

Isu sensitif ini yang dimainkan PBS dan Star ternyata berhasil membentuk gelombang penolakan terhadap Shafie dan Upko yang secara tidak langsung terkena kepada Warisan itu sendiri.

Isu Pendatang Tanpa Izin (PTI) mengulangi modal kempen di dalam PRK Kimanis memalitkan kelemahan presiden Warisan itu menangani isu ini dengan baik. Keresahan pengundi Bumiputera khususnya KDM dan Rungus dengan isu ini menyebabkan mereka menolak Warisan Plus.

Sementara isu Sempornasisasi pula, segmen penjawat awam dan sebahagian pengundi awam percaya dasar campurtangan Shafie dalam pelantikan pegawai berasal Semporna ke jawatan-jawatan utama dalam agensi kerajaan negeri.

Serangan kempen secara halus ini sebenarnya memberi impak yang signifikan hakisan undi kepada Warisan Plus sekaligus menguntungkan GRS.

13 DUN baru untungkan GRS

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Hajiji Noor (duduk, tengah) bersama Setiausaha Agung PN Hamzah Zainuddin (duduk, kiri) pada sidang media selepas keputusan semasa Pilihan Raya Negeri Sabah di Kota Kinabalu. Gambar: Bernama

Pertambahan 13 DUN baru dalam PRN kali ini juga memberi makna tersendiri. Jika dianalisa daripada 13 kerusi berkenaan, ternyata GRS memperolehi 69 peratus iaitu sebanyak 9 kerusi.

Warisan hanya berjaya mendapat 4 kerusi daripada 7 kerusi bertanding, dan Upko tewas semua 2 kerusi kepada PBS dan BN.

Warisan hanya menang di kerusi Darau, Limbahau, Segama dan Kukusan. Mohammaddin Ketapi berjaya walaupun terpalit dengan kontroversi Tanduo yang menjejaskan Warisan dalam tempoh akhir fasa kempen.

GRS merangkul 9 kerusi iaitu BN menang di 5 kerusi DUN iaitu Bengkoka, Pantai Dalit, Tanjung Keramat, Sungai Manila dan kawasan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Bung Moktar Radin di Lamag.

PN menang di DUN Bandau, Pintasan dan Tulid. PBS menyumbang 1 kerusi iaitu di DUN Telupid.

Warisan mendapat untung dari pecahan undi yang dicuri oleh parti lokal seperti yang berlaku di DUN Kukusan.

Calon Warisan, Rina Jainal menang 10 undi sahaja menewaskan Chaya Sulaiman, calon BN. Warisan mendapat kelebihan kerana undi parti Harapan Rakyat Sabah mencuri 796 undi. Jika undi ini memihak kepada BN, ternyata Warisan akan berputih mata di sini.

Kesimpulan

Sepertimana yang dinyatakan dalam laporan Ilham Centre sebelum ini, secara konsisten kami manyatakan PRN kali ini amat mencabar dan sukar membuat bacaan yang tepat kerana pertembungan banyak penjuru.

Ianya menjadi kian rumit kerana pola pengundian lebih kepada memilih personaliti yang dekat dengan pengundi seumpama kami menganalisa 73 pilihan raya kecil yang berlangsung serentak di seluruh Sabah.

Elemen yang sangat “complicated” ini menyebabkan wujud 31 DUN yang kami kategorikan sebagai kawasan 50-50 iaitu seimbang dari segi kedudukan sokongan pada hemat pengundi yang ditemui.

Daripada 31 kawasan berkenaan, terdapat 12 DUN yang memang tidak dapat diduga siapa pemenangnya oleh majoriti responden dalam kajian ini.

Merujuk data dalaman Ilham Centre, daripada jumlah keseluruhan prediksi kami, sebanyak 82 peratus dapatan kajian menepati keputusan sebenar. Kami tersasar di 11 DUN dalam wilayah KDM dan Rungus dalam baki 18 peratus.

Ini terjadi kerana 11 DUN berkenaan memang sukar diramal langsung kerana kerencaman angkubah dan pola pengundian yang terlalu kompleks.

Dapatlah dirumuskan di sini, kombinasi bersepadu lima faktor di atas menyebabkan pengundi Sabah akhirnya bersuara menolak kepimpinan Shafie.

Akhirnya GRS berjaya melepasi garis majoriti mudah bagi membentuk kerajaan baru Sabah sebaik tamat kiraan peti undi semalam. Namun, mengenali betapa cairnya politik Sabah, dengan keadaan ini, sebarang kemungkinan boleh berlaku dan tiada jaminan pihak yang menang di atas kertas dapat membentuk kerajaan dengan mudah.

Akhirnya, kami ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua pengundi dan rakyat Sabah kerana mempamerkan kematangan politik yang hebat. Mereka berjaya menguruskan perbezaan dalam suasana yang penuh toleransi dan harmoni.

Mereka juga berjaya membuat keputusan walaupun berdepan dengan pilihan yang sangat kompleks. Ini menjadikan politik Sabah mengangkat nilai demokrasi ke aras yang tinggi nilai ini berjaya mengangkat martabat demokrasi Sabah di aras yang tinggi dan sewajarnya nilai ini dipraktikkan oleh negeri-negeri yang lain. Tahniah Sabah!

Hisommudin Bakar adalah pengarah eksekutif kepada Ilham Centre. Tulisan ini adalah eksklusif untuk MalaysiaNow.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Pendedahan: Kisah di sebalik surat Zahid kepada Agong

Mesyuarat panas, pemimpin Umno terkejut dengan permintaan presiden agar memecat pemimpin partinya daripada Kabinet.

Semua ahli Parlimen PAS kekal setia kepada Muhyiddin, kata setiausaha agung

PAS menyeru ahli-ahli Parlimen BN untuk terus mempertahankan kepimpinan Muhyiddin dan kerajaan PN yang dibina bersama di atas keruntuhan PH.

Umno kekal sokong PN tolak kerjasama PKR dan DAP, cadangan Najib diketepikan

Umno juga akan terus kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Najib sahkan kerjasama dengan Anwar

Najib berkata, Umno perlu terbuka bekerjasama dengan Anwar sekiranya tidak berpuas hati dengan layanan PN.

Ahli Parlimen BN tolak cadangan Najib untuk kerjasama dengan Anwar, DAP

Najib diselar majoriti ahli-ahli Parlimen BN selepas mengemukakan cadangan itu.