Thursday, February 25, 2021

Semua individu tiba dari Sabah wajib jalani saringan Covid-19 mulai esok

Mereka juga wajib menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) dengan kesemua individu di PMA akan diberi surat HSO, dan dipakaikan gelang kuarantin.

Other News

MIC leader questions ‘fickle-minded’ Umno chiefs

MIC deputy president M Saravanan says the party will only decide based on discussions in Barisan Nasional.

Umno tak boleh ubah keputusan BN sesuka hati, kata MIC

Keputusan untuk bersama dengan PN membentuk kerajaan sebelum ini dilakukan sebagai 'en-bloc' BN dan bukannya atas mana-mana parti.

KKM perjelas kenapa jarum suntikan vaksin berbeza warna

Penggunaan dua jenis jarum suntikan yang berbeza adalah  mengikut keperluan ketika prosedur suntikan.

‘Communist supporter’ claims a lot of ‘organised fuss’ about nothing

MCA vice-president defends his speech at a recent event organised by the Communist Party of China.

Bicara kes pengubahan wang haram Rosmah bermula November

Peguam Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah turut mengesahkan tarikh perbicaraan berkenaan.

Semua individu yang baru tiba dari Sabah wajib menjalani saringan di pintu masuk antarabangsa (PMA) bermula esok sehingga 10 Oktober ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah

Beliau berkata saringan itu dibuat kerana terdapat keperluan untuk melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan Covid-19 ke atas individu dengan sejarah perjalanan dari Sabah bagi memantau risiko penularan jangkitan dalam kalangan individu terbabit.

“Semua individu tersebut wajib memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera dan daftar masuk menggunakan aplikasi ini setibanya di PMA negara dan menjalani saringan gejala jangkitan saluran pernafasan dan ujian saringan pengesanan Covid-19 sejurus tiba di PMA.

“Mereka juga wajib menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) dengan kesemua individu di PMA akan diberi surat HSO, dan dipakaikan gelang kuarantin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata tarikh HSO akan bermula dari tarikh ketibaan di PMA sehingga keputusan makmal diperoleh dan pelepasan HSO akan diberikan sekiranya keputusan ujian makmal menunjukkan negatif Covid-19.

Dr Noor Hisham berkata sekiranya terdapat individu yang perlu meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing dengan menaiki kenderaan awam seperti teksi dan perkhidmatan Grab, surat kebenaran untuk ke alamat yang ditetapkan akan diberikan pada hari berkenaan.

Beliau berkata bagi individu yang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang, mereka perlu menjalani saringan ulangan bagi Covid-19.

“Saringan ke atas individu (warganegara dan bukan warganegara) yang pulang dari Sabah ini adalah dikecualikan daripada caj ujian Covid-19,” katanya.

Katanya tempoh pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan Covid-19 ke atas individu yang baru pulang dari Sabah akan disemak dari semasa ke semasa berdasarkan penilaian risiko penularan jangkitan pada masa tersebut, dan sebarang perubahan berkaitannya akan dimaklumkan kepada umum.

Semalam, Dr Noor Hisham melaporkan terdapat 10 kes yang dikesan positif Covid-19 selepas kembali dari Sabah pada 20 hingga 25 September lepas, dan hari ini pula 11 lagi kes positif dikesan di Semenanjung Malaysia kembali dari Sabah.

Peningkatan kes dan kluster Covid-19 di Sabah masih berterusan dan empat daerah dikenal pasti sebagai zon merah setelah merekodkan bilangan kes melebihi 40 dalam tempoh 14 hari kebelakangan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Muhyiddin terima dos pertama vaksin Covid-19

Turut menerima suntikan pertama dalam program imunisasi itu ialah Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah.

Negeri Sembilan, Sarawak catat kadar kebolehjangkitan Covid-19 harian tertinggi

kadar kebolehjangkitan seluruh negara pula ialah 0.91.

Kuarantin wajib 3 hari kepada menteri berdasarkan syarat ketat, kata Noor Hisham

Menteri atau perwakilan itu juga mesti mengemukakan permohonan pengecualian sebelum perjalanan.

Sepatutnya semua orang ada negara

Negara dicipta untuk menyenangkan, dan bukannya menyusahkan manusia.

Kadar kebolehjangkitan di Johor tertinggi, kata KP Kesihatan

Kadar kebolehjangkitan untuk seluruh negara pula ialah 1.09.