Monday, October 19, 2020

Kalah di Sabah, Shafie dan Anwar bakal ‘perang besar’

Pengumuman Anwar pada Rabu disusuli dengan pemimpin parti meninggalkan kempen di Sabah, menurut sumber.

Other News

Singaporean actor charged with paedophilia in US

Amos Yee believes that there is nothing immoral about paedophilia.

Kemudahan kesihatan di Sabah kian meruncing, bantuan orang ramai diperlukan

Dana perubatan Sabah terdesak memerlukan wang dan sukarelawan.

Bicara rogol Adun Tronoh Disember ini

Tarikh berkenaan ditetapkan berikutan peguam yang mewakili Yong menghadapi kekangan kerana PKPB di Lembah Klang.

Overcrowding the problem, not SOPs, rights group says on prison spikes

LFL says any SOPs in place are likely to fail without a significant reduction in number of inmates.

Looming crisis sees Sabah’s health facilities under strain, but everyone can help

Money and volunteers desperately needed for new Sabah medical fund.

Perang dingin antara Anwar Ibrahim dan Shafie Apdal walaupun parti mereka bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, bakal bertukar menjadi perang terbuka selepas keputusan malam ini menyaksikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang didokong Perikatan Nasional (PN).

Dan perang ini bukan sahaja bakal meretakkan lagi Pakatan Harapan (PH), akan tetapi bakal meranapkan harapan gabungan pembangkang itu untuk kembali ke Putrajaya, walaupun Anwar mengumumkan minggu ini beliau sudah cukup sokongan untuk mengambil alih kerajaan.

PH adalah platform di mana PKR dan Warisan bekerjasama pada pilihan raya umum lepas walaupun kedua-dia pemimpin parti itu “tidak satu kepala”.

Sumber yang dekat dengan Shafie berkata, bekas ketua menteri itu tidak teragak-agak untuk menyalahkan Anwar kerana hilang kuasa, 26 bulan selepas Warisan mengambil alih Sabah pada 2018.

Punca utama kekalahan dikatakan daripada sidang media Anwar di Kuala Lumpur minggu ini apabila presiden PKR itu mengumumkan beliau mempunyai “sokongan kukuh dan meyakinkan” untuk membentuk kerajaan persekutuan.

“Pengumuman itu mengalihkan perhatian berkempen di Sabah apabila sebilangan besar pemimpin kanan PKR yang berkempen di Sabah pulang ke Kuala Lumpur ‘kononnya’ untuk menubuhkan kerajaan,” kata seorang pemimpin kanan PKR kepada MalaysiaNow.

Pada Rabu, Anwar ditemani isterinya dan pemimpin PKR, mengadakan sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur, mengumumkan kerajaan Muhyiddin Yassin “tumbang” selepas majoriti ahli Parlimen menyokongnya termasuk daripada Umno.

MalaysiaNow difahamkan, selepas pengumuman Anwar, beberapa pemimpin tertinggi PH termasuk dari DAP yang sedang berkempen di Sabah, diminta untuk pulang ke Kuala Lumpur untuk membentuk kerajaan di bawah pimpinan presiden PKR itu.

“Akan tetapi, antara yang buat keputusan untuk kekal berkempen di Sabah ialah Lim Guan Eng, walaupun ramai yang sudah pulang,” kata sumber PKR itu.

Ketiadaan pemimpin kanan ini untuk berkempen di Sabah menjejaskan Warisan Plus, gabungan antara Warisan, PKR, DAP, Amanah, dan Upko.

Pergeseran antara ‘bakal PM’

Shafie dalam perbualan tertutup mengatakan tidak akan membenarkan Anwar menjadi perdana menteri.

Persaingan antara Anwar dan Shafie bukanlah satu rahsia dalam kalangan pemain-pemain politik.

Shafie, seorang pemimpin politik Sabah yang berpengaruh dan pernah menjadi anggota Kabinet semasa zaman Najib Razak, dinamakan sebagai calon perdana menteri sekiranya PH cukup angka untuk kembali ke Putrajaya.

“Jadi, apa yang kita saksikan sekarang ialah dua calon bakal perdana menteri ke 9 berperang secara terbuka,” kata seorang pemimpin Umno di Kuala Lumpur apabila dihubungi MalaysiaNow.

Seorang ahli politik kanan yang dekat dengan pemimpin Umno dan PKR memberitahu MalaysiaNow perseteruan antara Shafie dan Anwar sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

“Dalam banyak perbualan tertutup, Shafie dengan jelas mengatakan Anwar tidak layak menjadi perdana menteri dan beliau tidak akan membenarkannya berlaku,” kata seorang bekas pemimpin PKR.

“Dan dengan keputusan PRN Sabah yang menyaksikan Shafie hilang apa yang dimenanginya pada 2018, beliau tidak akan menyembunyikan lagi kebenciannya kepada presiden PKR itu.”

Kedinginan hubungan kedua-dua pemimpin itu sudah menjadi rahsia terbuka.

Ia tergambar apabila Anwar terbang sendiri ke Sabah untuk meminta Shafie bersetuju PKR bertanding 14 kerusi.

Akan tetapi Shafie dengan tegas menolak permintaan itu dan PKR hanya diberikan tujuh kerusi dalam gabungan Warisan Plus.

Pada ketika ini, PRN Sabah mengukuhkan lagi kedudukan Muhyiddin, sepertimana hujah Lim Kit Siang.

Penasihat DAP itu mengatakan sebelum ini, PRN Sabah bukan sahaja bakal menentukan siapa ketua menteri Sabah akan tetapi bakal perdana menteri.

Lim berkata, Muhyddin “goyang” dengan sidang media Anwar yang mengatakan kerajaan PN tumbang.

“Muhyiddin sudah menjadikan PRN Sabah sebagai isu nasional, terutamanya selepas sidang media Anwar Ibrahim yang mengatakan kerajaan ’tidak sah’ Muhyiddin sudah tumbang dan beliau (Anwar) sudah mempunyai angka untuk menjadi perdana menteri,” kata Lim pagi tadi.

Pada ketika ini, pengumuman Anwar beliau sudah cukup kerusi Parlimen untuk menjadi perdana menteri, bukanlah menjadi isu utama.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Selepas pendedahan Zahid-Najib, tawaran lebih baik untuk Umno, tiada rombakan Kabinet

Sebarang keputusan dibuat akan meneutralkan mereka yang mahukan kedudukan lebih baik bagi Umno tanpa menggugat kedudukan Muhyiddin.

Politik apakah di sebalik surat ke Istana?

Jangan lupa, terdapat juga gerakan putera Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah.

Kerja sebenar menteri adalah di meja pejabat

Ini kerana pegawai kerajaan menunggu keputusan dibuat ahli politik sebelum sesuatu pelaksanaan dijalankan.

Editorial: Adakah kami silap dengan laporan kami?

Dalam mendedahkan "sisi hodoh" pandemik politik, kami mungkin mengalihkan perhatian rakyat Malaysia terhadap ancaman lebih besar.

Selepas Khairy, Hishammuddin pula serang Zahid secara terbuka

Umno semakin retak apabila dua ahli Parlimen menyerang Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka.