Saturday, October 31, 2020

Covid-19 mencabar, 3 calon dikuarantin

Kempen tetap diteruskan walaupun terpaksa menjalani kuarantin disebabkan Covid-19.

Other News

Sukar kawal Covid-19 jika PRK Batu Sapi, PRN Sarawak diadakan, kata PM

Pada masa kini, tiada siapa berani membantu SPR mengendalikan pilihan raya kerana takutkan wabak Covid-19.

Typhoon Molave just battered Vietnam, Philippines, now Goni is on its way

Goni will be Vietnam's ninth typhoon of the year.

Japan tests virus measures at near-full baseball stadium

The experiment will see three daily matches played at the 32,000-seat Yokohama Stadium with 80 to 100% of seats filled.

Qatar to prosecute those behind invasive airport searches

Qatar government also reiterates its apology for the invasive gynaecological searches of women passengers at Doha airport.

799 kes baru Covid-19, 491 dilaporkan pulih

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 30,889 kes.

Berkempen semasa pandemik terbukti menjadi cabaran pada PIlihan Raya Negeri (PRN) Sabah, apatah lagi dengan peningkatan jumlah kes Covid-19 yang berterusan di negeri ini.

Berbaki dua hari lagi sebelum pilihan raya, tiga calon perlu menjalani kuarantin 14 hari selepas menjadi kontak rapat individu yang disahkan positif Covid-19, namun tetap meneruskan kempen.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Sindumin, Sani Miasin, 42, telah diminta supaya menjalani kuarantin selepas menjadi kontak rapat ahli Majlis Tertinggi Umno Razlan Rafii yang diuji positif virus berkenaan. Sani ditemani Razlan semasa berkempen pada Ahad lepas.

Calon yang bertanding buat pertama kalinya dalam pilihan raya itu, bagaimanapun disahkan negatif.

Bercakap kepada Bernama, Sani yang juga ketua Pemuda Umno Sipitang berkata kuarantin itu tidak menghalang kempennya untuk memenangi hati pengundi meskipun tempoh berkempen tinggal dua hari lagi.

“Kempen berjalan seperti biasa, saya menggunakan telefon, Facebook… saya dilarang untuk berjumpa sesiapa, ini arahan daripada Kementerian Kesihatan, jadi kita ikut prosedur.

“Tapi tak ada masalah, sebab kita sudah buat kerja lama, sebelum Pilihan Raya Negeri lagi, jadi ini bukan kekangan tetapi hanyalah satu ujian, salah satu proses pembelajaran untuk saya,” katanya.

Sindumin yang dikenali sebagai “Mengalong” pada tahun 1960-an, terletak kira-kira tiga setengah jam perjalanan dari Kota Kinabalu, unik dengan cara tersendiri kerana bersempadan dengan Indonesia dan Sarawak.

Semasa ditanya mengenai wawasannya bagi Sindumin, Sani yang berdepan lima calon lain berkata beliau mempunyai banyak rancangan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu yang mempunyai 16,762 pengundi, dengan kebanyakannya melibatkan penambahbaikan infrastruktur pekan kecil.

Sani berdepan penyandang Dr Yusof Yacob daripada Warisan, Manshor Okk Mohd Yassin (Usno), Arifin Harith (Gagasan), Daniel Gaing @ George Daniel (LDP) dan Jaybee [email protected] Buayie (PCS).

Menurut laporan, Yusof, yang juga penyandang kerusi itu serta menteri pelajaran dan inovasi negeri, juga perlu menjalani kuarantin 14 hari setelah menjadi kontak rapat individu yang disahkan positif.

Calon lain yang turut diarahkan untuk menjalani kuarantin adalah calon BN bagi DUN Lumadan Datuk Kamarlin Ombi yang juga mempunyai kontak rapat dengan Razlan.

Namun, seperti juga Sani, kempen diteruskan seperti biasa.

“Sekarang tengah tunggu keputusan ujian Covid-19, sehingga itu saya tidak boleh keluar. Tetapi tak ada masalah, sebab kempen rumah ke rumah berjalan seperti biasa oleh jentera saya, lagi pun saya orang lama di sini, jadi orang di sini dah kenal saya,” katanya.

Mengenai rancangannya untuk Lumadan, Kamarlin yang merupakan pembantu menteri kebudayaan, pelancongan dan alam sekitar semasa kerajaan negeri diterajui Musa Aman, berhasrat untuk meningkatkan produk pelancongan di DUN berkenaan dengan menaik taraf infrastruktur pelancongan.

“Pelancongan antara sumber utama kita di sini, ada banyak tarikan menarik dan unik termasuklah Prosboscis Monkey. Kita juga banyak terima pelancong asing yang datang terutama dari Korea,” katanya.

Beliau juga akan melihat industri kelapa sawit di kawasan itu, yang menjadi antara sumber pendapatan utama penduduknya.

Kamarlin berdepan pertandingan sembilan penjuru, menghadapi Sahlih Sirin (Gagasan), Ali Dad Fazal Elahi (Usno), Malik [email protected] (PCS), Dayang Aezzy Liman (Harapan Rakyat), Ruslan Muharam (PBS), [email protected] Mohd Dun (PPRS) dan Mohd Saidi Manan (Bebas).

Lumadan mempunyai 15,044 pengundi berdaftar, antara 17 kerusi yang menyaksikan pertembungan Perikatan Nasional (PN), sekutunya BN dan Parti Bersatu Sabah.

Kes Covid-19 di negeri Sabah terus meningkat dengan 134 kes positif baru dilaporkan semalam.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan memberi jaminan keadaan terkawal.

Selain Razlan, seorang lagi pemimpin Umno Shahril Hamdan yang merupakan timbalan ketua pemuda parti itu, juga dilaporkan positif Covid-19 selepas kembali ke ibu negara selepas membantu kempen pilihan raya di Sabah.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

PM tinjau persiapan penghantaran bantuan ke Sabah

Antara barangan yang dibawa termasuk pelitup muka, peralatan perlindungan diri (PPE), pelindung muka, baju penutup badan.

Bagaimana jalankan pilihan raya musim pandemik? Pegawai kerajaan kelu bila ditanya PM

Masih belum ada jalan penyelesaian tentang SOP pilihan raya Sarawak tahun depan.

Warisan akan sokong belanjawan bantu rakyat

Belanjawan 2021 perlu memberi fokus kepada menyelesaikan kekurangan tersebut demi manfaat rakyat Sabah.

PKPB Sabah dilanjut hingga 9 November

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih meneruskan saringan secara bersasar kepada penduduk.

Covid-19 patient falls to death at Sabah hospital

The patient had recovered after receiving treatment and was due to be discharged today.