Tuesday, October 20, 2020

Muhyiddin seru rakyat tolak tindakan jejas kestabilan politik

Other News

Dulu estet getah, kini bandar raya berpotensi besar

Pakar ekonomi lihat bandar raya terbaru Selangor memiliki potensi besar untuk pembangunan.

Bright lights ahead for one-time rubber plantation turned city?

Economist sees Subang Jaya, Selangor's newest city, as having great potential for growth.

In CMCO areas, employees at management, supervisory levels told to work from home

Minister Ismail Sabri Yaakob says this is no longer a request.

862 kes baru Covid-19, 634 pesakit sembuh hari ini

Kes baru Covid-19 mencatatkan angka melebihi 800 untuk hari ketiga berturut-turut.

New cases pass 800 mark for third day as death toll increases

The bulk of new cases continue to be reported in Sabah.

Muhyiddin Yassin hari ini menyeru rakyat menolak tindakan membuta tuli segelintir ahli politik yang sengaja mahu menjejaskan kestabilan politik dan pelan pemulihan ekonomi negara yang sedang dilaksanakan dengan baik pada masa ini.

Perdana menteri berkata apa yang perlu adalah sebuah kerajaan yang stabil dan teguh dengan sokongan rakyat, supaya lebih banyak inisiatif memulihkan ekonomi dan membantu rakyat dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Saya ingin mengajak saudara dan saudari sekalian supaya bersama-sama dengan saya dan rakan-rakan dalam Kerajaan Perikatan Nasional untuk mengemudi negara dalam keadaan kita masih berhadapan dengan krisis ekonomi dan kesihatan pada masa ini.

“Pengumuman yang saya buat pada hari ini menandakan kerajaan Perikatan Nasional mendengar rintihan saudara dan saudari sekalian.

“Kita cuba sedaya upaya untuk membantu rakyat menghadapi detik yang sukar ini,” katanya dalam pengumuman khas Kerangka Inisiatif Tambahan Khas (Kita Prihatin) yang disiarkan secara langsung hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin berharap rakyat kekal istiqamah dalam mengamalkan penjagaan kendiri dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan untuk memastikan semua pihak terlindung daripada wabak Covid-19.

“Selama enam bulan yang lepas kita harungi tempoh yang sukar. Alhamdulillah, kita masih dapat bertahan,” katanya.

Beliau berkata setiap tindakan boleh menentukan bukan sahaja keselamatan diri sendiri tetapi juga keselamatan orang lain seperti anak-anak, ibu bapa, saudara mara, rakan-rakan serta masyarakat sekeliling.

Jelas perdana Menteri, Covid-19 dan kesan wabak itu ke atas kehidupan manusia tidak membezakan antara kaum, agama atau fahaman politik kerana semua pihak terkesan dengannya tanpa ada yang terkecuali.

“Kita tidak boleh mengharapkan bantuan dari luar kerana negara-negara lain juga sedang bergelut menyelesaikan masalah mereka sendiri. Kita hanya dapat bergantung kepada sesama kita dalam sebuah keluarga besar rakyat Malaysia. Semangat ‘kekitaan’ inilah yang kita mahukan. Bak ungkapan yang sering diucapkan, ‘Kita Jaga Kita’.

“Saya yakin dan percaya kepada kekuatan semangat kita sebagai rakyat Malaysia. Marilah kita bersama-sama mendoakan kemakmuran negara kita dan kesejahteraan seluruh rakyat,” katanya.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

No one speaks for us, DAP breaks silence amid Anwar-Zahid alliance

Lim Guan Eng says any stand by DAP will only come from him, the chairman or the deputy chairman.

Orang luar tak boleh cakap bagi pihak DAP, kata Guan Eng

Kenyataan tegas Lim Guan Eng ini menimbulkan lagi persoalan sama ada Anwar benar-benar mempunyai sokongan "kukuh dan meyakinkan".

Agong can declare emergency if twin crises of politics, Covid-19 continue

But even if political and health emergencies are declared at the same time, businesses would be able to continue operating, with daily routines uninterrupted.

Umno can sack leaders who support outsiders, Ku Li warns after president’s pro-Anwar letter

This comes amid growing discomfort within party ranks over the revelation that Umno president Ahmad Zahid Hamidi backed a coup plan by Anwar Ibrahim.

Politik apakah di sebalik surat ke Istana?

Jangan lupa, terdapat juga gerakan putera Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah.