Monday, March 1, 2021

Malaysia dapatkan maklumat rasmi Arab Saudi mengenai kebenaran tunai umrah

Malaysia akan mendapatkan maklumat daripada Arab Saudi berhubungan penarikan larangan umrah secara bertahap.

Other News

Sabah, Sarawak dapat layanan adil, kata Muhyiddin

Terdapat banyak lagi usaha yang perlu dibuat bagi meletakkan kedua-dua negeri berkenaan agar setara dengan Semenanjung.

I have big support, Muhyiddin says as he marks first year as PM

He maintains that he still possesses majority support, rejecting accusations that the state of emergency was a ploy to remain in power.

Muhyiddin tetap perkukuh hubungan antarabangsa

Pandemik Covid-19 tidak bermakna negara tidak memberi perhatian dalam hubungan antarabangsa.

Darurat Covid-19 diperlukan, kata PM

'Saya pun tak tahu parti mana sekarang yang mempunyai jumlah kerusi yang lebih besar daripada saya', kata Muhyiddin.

2,437 kes positif, jumlah jangkitan Covid-19 kini melebihi 300,000

300,752 jumlah keseluruhan kes positif dilaporkan di Malaysia.

Malaysia akan mendapatkan maklumat rasmi daripada kerajaan Arab Saudi berhubung kebenaran menunaikan umrah seperti yang dilaporkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Sebarang ketetapan mengenai kebenaran menunaikan ibadah itu perlu dibincangkan dengan teliti dengan kerajaan Arab Saudi terlebih dahulu,” katanya berhubung laporan Arab Saudi membenarkan semula ibadat umrah untuk sepanjang tahun secara berperingkat mulai 4 Okt ini selepas tujuh bulan ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

Dilaporkan, sebagai permulaan kira-kira 6,000 penduduk Arab Saudi dibenarkan menunaikan umrah setiap hari bermula 4 Okt, manakala jemaah dari luar negara pula dibenarkan berbuat demikian mulai 1 Nov dengan kapasiti dinaikkan sehingga 20,000 orang sehari.

Ketika merasmikan Seminar Penipuan Umrah bersama Pengelola Umrah di Kompleks Islam Putrajaya di Putrajaya hari ini, Zulkifli berkata kerajaan Arab Saudi pasti akan mengehadkan jumlah jemaah umrah selain terdapat beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.

Beliau berkata pihaknya juga akan berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) tentang SOP yang perlu dilaksanakan sekiranya rakyat Malaysia dibenarkan menunaikan ibadat umrah.

“Kami akan bincang dan lihat apa saranan MKN… kita tidak mahu ada kluster baru pula wujud,” katanya.

Dalam ucapannya sebelum itu, Zulkifli berkata kerajaan mengiktiraf peranan dan sumbangan agensi pengelola umrah kerana melalui tadbir urus mereka yang cemerlang menyumbang kepada nama baik Malaysia yang seringkali disebut-sebut dan dicontohi di peringkat global.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Negara Teluk berdamai dengan Qatar

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir telah memulihkan hubungan diplomatik sepenuhnya dengan Qatar.

Hukum ambil vaksin Covid-19 harus, kata menteri agama

Ketetapan itu juga sudah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.

Arab Saudi tutup sempadan darat, laut dan udara susulan virus baru

Keputusan itu dibuat selepas muncul virus baru yang kuat di United Kingdom (UK) dan negara-negara Eropah.

Kenyataan guna vaksin Covid-19 untuk umat Islam minggu depan

Ia dipersembahkan kepada Yang di Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Arab Saudi izin pesawat Israel guna ruang udaranya  

Pentadbiran Tel Aviv meminta Washington untuk meyakinkan Arab Saudi supaya membenarkan penggunaan ruang udaranya.