Tuesday, October 27, 2020

Kawalan keselamatan PRN Sabah dipertingkat elak kekacauan, penculikan

Polis mendapat maklumat mengenai kemasukan besar-besaran rakyat negara asing untuk membuat kekacauan pada hari pengundian Sabtu ini.

Other News

Warisan akan sokong belanjawan bantu rakyat

Belanjawan 2021 perlu memberi fokus kepada menyelesaikan kekurangan tersebut demi manfaat rakyat Sabah.

Health ministry advises no election for now

Health DG Dr Noor Hisham Abdullah says if an election cannot be avoided, strict SOPs must be put in place and enforced to minimise infections.

Pilihan raya dalam masa terdekat tidak sesuai, kata KP Kesihatan

Jika tak dapat dielakkan, KKM akan mengadakan perbincangan dengan SPR.

SOP lebih ketat untuk PRK Batu Sapi, kata menteri

SOP tersebut perlu dibentangkan bagi menjamin kesihatan penduduk Batu Sapi yang akan keluar mengundi.

835 kes baru Covid-19, 674 dilaporkan sembuh

410 kes dilaporkan di Sabah.

“Pada tahun 2018 terdapat satu kes culik berlaku di Tambisan, Lahad Datu semasa pilihan raya (umum) dan kita jangkakan atas kesibukan anggota keselamatan khususnya polis pada ketika ini…pihak dari negara jiran cuba masuk dan membuat kekacauan.

“Oleh itu kita terus perketatkan kawalan di sempadan perairan kita bukan sahaja di musim pilihan raya ini tetapi sepanjang masa untuk memastikan keamanan dan keselamatan Sabah terus terjamin,” katanya.

Sementara itu, Hazani berkata sebanyak 35 laporan polis diterima berhubung kenyataan seorang calon pilihan raya berkenaan insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 2013 yang didakwanya sebagai satu sandiwara.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 28 laporan polis dibuat di Sabah manakala tujuh lagi laporan diterima di Semenanjung berkenaan kandungan ceramah yang dilakukan oleh seorang bekas menteri di lokasi ceramah di gelanggang futsal Kampung Wawasan di Lahad Datu pada jam 3 petang Ahad lalu.

“Kes sudah dibuka kertas siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 500 dan 505 B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukti Aman akan mengambil alih sepenuhnya siasatan yang akan dijalankan.

“Siasatan akan dilakukan secara profesional dan selepas selesai kertas siasatan akan dihantar ke pihak peguam negara untuk arahan lanjut,” katanya.

Tambah Hazani, calon terbabit mungkin akan dipanggil untuk memberi keterangan selepas selesai PRN Sabah, bertujuan tidak menggangu proses kempen dan pilihan raya yang sedang berlangsung ketika ini.

 

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Ingkar SOP, wartawan kongsi detik dijangkiti Covid-19

Badan lemah serta batuk tak henti-henti sehari selepas pulang dari Sabah.

Polis buka kertas siasatan berhubung pencemaran bau Sungai Selangor

Siasatan masih di peringkat awal dan sampel air perlu diambil untuk dianalisis bagi mengetahui punca atau lokasi sebenar pencemaran itu berlaku.

Polis siasat insiden wanita dakwa dipukul semasa mesyuarat parti politik di Teluk Intan

Beberapa individu dipanggil untuk memberi keterangan dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Jangan beri alasan remeh mohon rentas negeri, kata polis

Polis boleh menolak permohonan rentas negeri sekiranya alasan diberikan tidak kuat.

Polis tidak halang orang awam keluar lepas 12 tengah malam

Tetapi orang awam masih perlu mematuhi SOP dan selepas selesai urusan, terus balik ke rumah.