Saturday, October 24, 2020

82 kes baru Covid-19, Sabah kekal tertinggi

Tiada kematian baru direkodkan hari ini.

Other News

Semua perlu bersatu perangi Covid-19, jangan bertelagah pesan Noor Hisham

Ambil iktibar daripada apa yang berlaku daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

Jangan panik, pesan Agong kepada rakyat

Istana bimbang dengan spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan serta menggugatkan ketenteraman negara.

Don’t panic, Agong tells people

Palace also cautions against speculation that could create anxiety and disrupt harmony in the country.

A journalist’s bout with Covid-19

Azrul Affandi Sobry, a journalist struck as he was on the line of duty covering the recent state election in Sabah admits that it wasn't entirely unexpected as the nature of the job entails jostling with others in order to land the story and also confesses that he could have done more to prevent it from happening.

Landing stories – and then some: A journalist’s bout with Covid-19

A journalist chasing stories on the Sabah polls tells of how his disregard for SOPs gave him more than he bargained for.

Jumlah kes baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas di negara ini masih pada dua angka, iaitu 82 kes dengan Sabah kekal mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 60 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baru berkenaan yang merangkumi 72 jangkitan tempatan dan 10 kes import menjadikan jumlah kumulatif terkini sebanyak 10,358.

Bagi penularan tempatan, beliau berkata jangkitan melibatkan 60 rakyat tempatan dan 12 warga asing.

“Kes di Sabah membabitkan 41 kes daripada Kluster Benteng LD (Lahad Datu), selain masing-masing enam kes bagi Kluster Pulau dan Kluster Selamat; lima daripada Kluster Bangau-Bangau (kluster baharu) serta masing-masing satu kes saringan komuniti dan kes saringan rujukan ke Hospital Queen Elizabeth,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Beliau berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pada masa ini ialah sebanyak 665 kes.

Dr Noor Hisham berkata terdapat 10 kes di Kedah merangkumi sembilan daripada Kluster Sungai serta satu kes saringan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Kota Setar.

Selain itu, turut direkodkan masing-masing satu kes saringan praprosedur di sebuah pusat perubatan di Selangor dan kes saringan bergejala di Hospital Umum Sarawak, katanya.

Beliau berkata kes import pula membabitkan sembilan individu yang pulang dari India dan satu dari Indonesia.

Dr Noor Hisham berkata jumlah kes pulih pula meningkat kepada tiga angka dengan 168 individu, menjadikan jumlah kumulatif pulih sepenuhnya kini 9,563 kes atau 92.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Tiada kematian baru direkodkan, jumlah maut kekal 130 kes. Pada masa ini terdapat sembilan kes dirawat di unit rawatan rapi dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Kadar R-naught tidak boleh cecah 2.2, kata Noor Hisham

KKM mungkin tidak mampu menampung jumlah pesakit Covid-19 jika ia mencecah paras itu.

Noor Hisham gesa rakyat bersatu perangi peningkatan Covid-19

SOP perlu dipatuhi tanpa mengira kedudukan.

489 kes Covid-19 hari ini, tiada kematian

Sabah dan Kedah masih lagi mencatatkan kes tertinggi di Malaysia.

90 disahkan negatif Covid-19 selepas menghadiri mesyuarat khas MKN Sabtu lalu

Mereka antara kontak rapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Kes baru Covid-19 cecah 691, 4 kematian direkodkan

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengumumkan sebanyak 691 kes baru menjadikannya rekod tertinggi jangkitan Covid-19 sejak wabak itu mula dikesan awal tahun ini. Ketua Pengarah...