- Iklan -
Berita

2 anggota keselamatan ditahan, ‘beli undi’ untuk parti tempatan Sabah

Dua anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu, Sabah ditahan kerana membawa sejumlah wang, disyaki untuk “membeli undi” bagi sebuah parti politik tempatan, lapor Harian Metro. Kedua-dua anggota terbabit ditahan di sekitar Lahad Datu, semalam. Sumber memberitahu Harian Metro, suspek merupakan “orang tengah” untuk memberikan wang kepada pengundi yang mengundi awal hari ini. “Suspek ditahan pasukannya […]

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kes dilaporkan berlaku ketika PRN Sabah baru-baru ini
Kes dilaporkan berlaku ketika PRN Sabah baru-baru ini

Dua anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu, Sabah ditahan kerana membawa sejumlah wang, disyaki untuk “membeli undi” bagi sebuah parti politik tempatan, lapor Harian Metro.

Kedua-dua anggota terbabit ditahan di sekitar Lahad Datu, semalam.

Sumber memberitahu Harian Metro, suspek merupakan “orang tengah” untuk memberikan wang kepada pengundi yang mengundi awal hari ini.

“Suspek ditahan pasukannya selepas menerima maklumat risikan berhubung tindakannya yang menjadi wakil kepada parti politik itu.

“Wang itu dipercayai akan diberikan kepada anggota agar mengundi parti berkenaan hari ini,” lapor Harian Metro.

Akhbar itu melaporkan, suspek di bawa ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.

Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali mengesahkan penahanan anggota terbabit kepada akhbar berkenaan dan berkata, siasatan lanjut kini diambil alih SPRM.

“Saya sahkan penahanan anggota terbabit dan polis sudah serahkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut,” katanya.

Pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri Sabah bermula 8 pagi ini bagi membolehkan 16,877 anggota polis, tentera dan pasangan mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing di 55 pusat mengundi di seluruh negeri.

Proses pengundian awal itu berlangsung dari 8 pagi sehingga 5 petang ini.