Thursday, October 29, 2020

Watak-watak utama dalam PRN Sabah

Wajah-wajah ini akan menjadi tumpuan khusus PRN Sabah kali ini

Other News

Ahli Parlimen PKR pertikaikan titah Agong secara terbuka

Hassan menegaskan ahli-ahli parlimen mestilah bebas untuk membuat keputusan di dalam sidang Parlimen termasuk Belanjawan 2021.

Belanjawan 2021, KKM perlu peruntukan tambahan

KKM rancang tubuh hospital penyakit berjangkit jika diberi peruntukan itu.

801 kes baru Covid-19, 573 dilaporkan pulih

Sabah kekal negeri tertinggi catat jangkitan baru Covid-19.

801 new cases, death toll up by 8

573 more patients discharged.

Bekas penasihat ketenteraan Mat Sabu, seorang pegawai ATM didakwa rasuah lagi

Dua pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan rasuah berhubung beberapa projek di Kementerian Pertahanan...

Rakyat Sabah akan memilih kerajaan dan wakil rakyat masing-masing pada 26 Sept susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai lalu.

Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini menyaksikan pertembungan banyak penjuru di semua 73 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Timbalan Pengerusi SPR Azmi Sharom sebelum ini mengumumkan seramai kira-kira 1.124 juta pengundi layak mengundi pada PRN di Sabah kali ini dengan 1.103 juta adalah pengundi biasa, 9,448 anggota tentera dan pasangan, 11,423 anggota polis dan pasangan serta 81 pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

Mari kita kenali watak-watak utama yang menjadi perhatian sepanjang “pertempuran” kali ini:

Ketua Menteri Sementara Sabah yang juga calon Warisan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang, Mohd Shafie Apdal. Gambar: Bernama

1) Mohd Shafie Apdal (Warisan)

Ketua menteri sementara Sabah, Shafie berjaya menggagalkan “rampasan kuasa” cuba dilakukan panglima perang Umno, Musa Aman yang mendakwa cukup sokongan untuk menubuhkan kerajaan baru selepas menasihatkan Yang Di Pertua Negeri Juhar Mahiruddin membubarkan DUN.

Sebelum menubuhkan Warisan, Shafie pernah menjadi menteri Kabinet dan naib presiden Umno sebelum dipecat bersama Muhyiddin Yassin kerana lantang mengkritik skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Najib Razak.

Dalam PRN kali ini, Shafie akan mempertahankan kerusi DUN Senallang dan berdepan lawan 4 penjuru termasuk anak buahnya sendiri.

Beliau juga merupakan calon ketua menteri sekiranya Warisan Plus dan Upko berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya tersebut.

Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin. Gambar: Bernama

2) Bung Moktar Radin (BN)

Bung Moktar merupakan watak penting Umno dalam rundingan kerusi menjelang pilihan raya negeri itu. Lantikannya sebagai pengarah PRN juga dipertikai akar umbi Umno Sabah atas alasan beliau dan isteri sedang berdepan perbicaraan tuduhan rasuah di mahkamah.

Kemuncak pertikaian berlaku, apabila Musa diumumkan sah tidak bertanding pada pilihan raya negeri itu. Pelbagai pihak mengandaikan Bung menjadi punca utama keputusan itu kerana mengidamkan kedudukan sebagai ketua menteri.

Bung sebelum ini juga terkenal kerana kelantangannya berdebat di Dewan Rakyat dan pernah juga menjadi kontroversi kerana menggunakan bahasa kesat.

Calon Perikatan Nasional (PN), Hajiji Noor. Gambar: Bernama

3) Hajiji Mohd Noor (Bersatu)

Pengerusi Bersatu Sabah, Haijiji diumumkan sebagai calon ketua menteri oleh Perdana Menteri Muhyiddin sekiranya Gabungan Rakyat Sabah berjaya menguasai negeri itu.

Pengumuman itu mengejutkan ramai pihak kerana beranggapan kedatangan Bersatu ke Sabah hanya setahun jagung. Beliau bakal berdepan pertandingan 3 penjuru dengan dua calon lain iaitu Aliasgar Basri (Warisan) dan Rekan Hussein ( Parti Cinta Sabah) di kerusi DUN Sulaman. Hajiji adalah penyandang kerusi berkenaan selepas memenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu atas tiket Umno sebelum melompat menyertai Bersatu.

Sebelum ini, Muhyiddin mengumumkan gabungan parti yang disertai Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan PBS akan dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah. Nama gabungan itu bakal  digunakan secara rasmi selepas 26 September ini apabila berjaya membentuk kerajaan negeri yang baru.

Calon parti Upko bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kawasan N15 Kiulu Madius Tangau (kiri). Gambar: Bernama

4)  Wilfred Madius Tangau (Upko)

Presiden Upko, Wilfred dikatakan menjadi “katak politik” di negeri itu selepas partinya bertindak meninggalkan BN selepas PRU14 untuk membentuk pakatan baru dengan Warisan, PKR dan DAP. Beliau, bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan itulah yang diinginkan para pengundi. Beliau bertanding di kerusi DUN Kiulu.

Presiden Star merangkap calon PN Jeffrey Kitingan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Gambar: Bernama

5)  Jeffrey Kitingan (Star)

Presiden Star ini mula menarik perhatian apabila beliau menjadi satu-satunya pemimpin parti dalam PN yang mengatakan pihaknya tidak teragak-agak untuk membawa partinya keluar daripada perikatan itu sekiranya tidak mendapat sekurang-kurangnya 15 kerusi pada PRN Sabah kali ini.

Bagaimanapun, beliau berkata meskipun tidak gembira namun menerima secara terbuka keputusan Star bertanding di lapan kerusi DUN dalam PRN Sabah atas dasar setia kawan dan semangat berpasukan antara parti gabungan PN.

Jeffrey dikenali sebelum ini kerana politiknya yang berwarna warni dan pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana perjuagannya.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Kebuntuan politik salah rakyat atau ahli politik?

Jangan sesekali menggunakan rakyat dalam segala isu, walhal bukan semuanya adalah salah rakyat.

Pendedahan: Kisah di sebalik surat Zahid kepada Agong

Mesyuarat panas, pemimpin Umno terkejut dengan permintaan presiden agar memecat pemimpin partinya daripada Kabinet.

Semua ahli Parlimen PAS kekal setia kepada Muhyiddin, kata setiausaha agung

PAS menyeru ahli-ahli Parlimen BN untuk terus mempertahankan kepimpinan Muhyiddin dan kerajaan PN yang dibina bersama di atas keruntuhan PH.

Umno kekal sokong PN tolak kerjasama PKR dan DAP, cadangan Najib diketepikan

Umno juga akan terus kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Najib sahkan kerjasama dengan Anwar

Najib berkata, Umno perlu terbuka bekerjasama dengan Anwar sekiranya tidak berpuas hati dengan layanan PN.