Thursday, February 25, 2021

Pegawai polis tidak ikut hantar RM5 juta untuk lindungi bos, kata pegawai Rosmah

Other News

No police permit needed to cross borders for school

Parents only need to show letters issued by the schools at police roadblocks.

Kes baru Covid-19 jatuh bawah 2,000

12 lagi kematian dicatatkan.

New cases drop below 2,000 mark

12 more deaths reported.

MIC leader questions ‘fickle-minded’ Umno chiefs

MIC deputy president M Saravanan says the party will only decide based on discussions in Barisan Nasional.

Umno tak boleh ubah keputusan BN sesuka hati, kata MIC

Keputusan untuk bersama dengan PN membentuk kerajaan sebelum ini dilakukan sebagai 'en-bloc' BN dan bukannya atas mana-mana parti.

Rizal Mansor semalam memberitahu Mahkamah Tinggi beliau menurunkan seorang pegawai polis dikenali sebagai “Evo” di Pejabat Perdana Menteri sebelum menghantar kedua-dua beg mengandungi wang RM5 juta ke Kompleks Seri Perdana, Putrajaya adalah untuk melindungi “bosnya”.

Bekas pegawai khas kepada Rosmah Mansor berkata beliau tidak mahu pegawai polis itu, yang turut berada di dalam kenderaannya mengetahui destinasi dan kepada siapa wang berkenaan dihantar.

“Pada masa itu saya panik, saya tidak tahu nak buat apa. Farriq (Ahmed Farriq Zainul Abidin, yang juga rakan Rizal) bisik pada saya bahaya kalau dia (pegawai polis) tahu kita nak hantar beg (yang mengandungi wang RM5 juta) kepada siapa. I’m protecting my boss (Saya melindungi bos saya),” katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Rosmah.

Rizal, 46, memberi keterangan pada perbicaraan kes isteri bekas perdana menteri Najib Razak yang berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.

Rizal menerusi penyataan saksinya sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Rosmah mengarahkannya untuk menghantar wang tunai RM5 juta ke kediaman rasminya di Seri Perdana kerana ketika itu beliau berada di rumah berkenaan.

Kepada soalan Akberdin tindakan Rizal menurunkan pegawai polis berkenaan adalah untuk mengelak daripadanya mengetahui ke mana beliau (Rizal) ingin pergi, saksi pendakwaan ke-21 itu menjawab, “saya memang tidak mahu dia tahu ke mana saya hantar beg tersebut”.

Menurut Rizal, walaupun beliau mempunyai nombor telefon pegawai itu, beliau juga tidak tahu siapa nama sebenar “Evo” dan tidak pasti pangkat pegawai polis berkenaan.

Akberdin: Menerusi penyataan saksi, kamu menyatakan bahawa kamu dan Farriq berasa tidak selesa dengan kehadiran pegawai polis itu. Tiada sebab untuk kamu rasa tidak selesa kerana kamu yang “arrange” (atur) pegawai polis tersebut untuk eskot Saidi selepas beliau mengeluarkan wang tunai RM5 juta daripada Maybank, Jalan Medan Tuanku pada penghujung bulan Disember 2016 dan menghantarnya ke pejabat Lawrence (perunding Tee Kien Moon) di Pavilion.

Rizal: Ya, memang saya “arrange” (atur) pegawai polis itu untuk eskot Saidi disebabkan Saidi memaklumkan kepada saya bahawa beliau takut untuk membawa wang tunai sebanyak itu.

“Tetapi selepas saya dimaklumkan oleh Saidi bahawa Lawrence tidak mahu terima wang RM5 juta tersebut, saya panik. Ini pertama kali saya bawa wang sebanyak itu,” kata Rizal.

Akberdin: Alasan bahawa kamu rasa tidak selesa adalah sandiwara sahaja. Kamu sebenarnya ingin “kebas” RM5 juta itu dan kemudian kamu cakap kamu tidak selesa.

Rizal: Saya tidak setuju.

Sementara itu, dalam satu soalan yang diutarakan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram semasa pemeriksaan balas, Rizal memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mengambil wang RM5 juta yang dibawa ke Pavilion oleh Saidi dan menggunakannya untuk diri sendiri.

Dalam satu lagi soalan Sri Ram, Rizal berkata walaupun beliau dilantik sebagai seorang pegawai khas kepada Najib Razak yang merupakan perdana menteri ketika itu, hanya 10 peratus daripada peranannya didedikasikan kepada Najib sementara 90 peratus lagi kepada Rosmah.

Ditanya Sri Ram mengenai gaya hidup dan kereta mewah dimiliki Rizal, saksi utama pendakwaan itu berkata Mercedes-Benz itu kepunyaan anaknya yang juga merupakan Instagram terkenal, Audi milik isterinya yang juga seorang ahli perniagaan dan Honda Odyssey adalah miliknya.

Sri Ram: Pembelaan mencadangkan kepada kamu bahawa tertuduh (Rosmah) tidak meminta wang untuk dirinya dan Saidi mencadangkan wang itu untuk “sumbangan politik”. Adakah anda tahu RM6.5 juta dihantar kepada Rosmah untuk sumbangan politik?

Rizal: Tidak dalam pengetahuan saya.

Saksi itu menambah tiada resit atau surat ucapan terima kasih dikeluarkan kepada Jepak, Saidi atau Rayyan (rakan kongsi Saidi – Rayyan Radzwill Abdullah) oleh Umno atau Barisan Nasional sebagai menghargai  “sumbangan politik” itu.

Mengikut pertuduhan, Rosmah, 68, didakwa menerima suapan menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Fotovolta (PV) Hibrid, serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di Kuala Lumpur; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung 5 Okt ini.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Bicara kes pengubahan wang haram Rosmah bermula November

Peguam Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah turut mengesahkan tarikh perbicaraan berkenaan.

SPRM siasat bekas menteri PH, Xavier berhubung dakwaan rasuah

Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.

Tuduhan rasuah terhadap saya sengaja direka, kata Zahid Hamidi

Presiden Umno itu mencabar sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis terhadapnya berhubung dakwaan tersebut.

Sebutan semula kes rasuah Guan Eng, isteri 28 Mei ini

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid menetapkan tarikh itu bagi membolehkan peguam Guan Eng dan isteri meneliti dokumen setebal lebih 1,000 muka surat.

Najib akan beri keterangan bicara kes rasuah Rosmah

Peguam Rosmah, Jagjit Singh berkata bekas perdana menteri itu adalah antara saksi pembelaan yang akan dipanggil untuk memberi keterangan.