Friday, February 26, 2021

Pawagam pandu lalu digalakkan, kata Zahidi

Selain itu, Zahidi turut menasihati syarikat pawagam pandu masuk agar sentiasa memastikan pelaksanaan semua garis panduan dan SOP yang ditetapkan, termasuk saringan kesihatan, pembersihan dan disinfeksi premis serta penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan lain.

Other News

Tidak perlu surat polis rentas negeri hantar anak ke asrama

Ibu bapa hanya perlu menunjukkan surat yang dikeluarkan pihak sekolah semasa melalui sekatan jalan raya.

No police permit needed to cross borders for school

Parents only need to show letters issued by the schools at police roadblocks.

Kes baru Covid-19 jatuh bawah 2,000

12 lagi kematian dicatatkan.

New cases drop below 2,000 mark

12 more deaths reported.

MIC leader questions ‘fickle-minded’ Umno chiefs

MIC deputy president M Saravanan says the party will only decide based on discussions in Barisan Nasional.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengalu-alukan konsep pawagam pandu masuk diperkenalkan terutamanya ketika negara berdepan penularan pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri KKMM Zahidi Zainul Abidin berkata konsep pawagam seperti itu boleh dijadikan sebagai satu platform alternatif untuk menonton filem di layar besar secara berkumpulan sambil mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Konsep ini dapat memberi peluang dan pengalaman yang baru kepada penonton untuk menonton filem hanya dari kenderaan masing-masing,” katanya dalam ucapan pada majlis perasmian pawagam pandu masuk CineDrive, di Kuala Lumpur malam ini.

Selain itu, Zahidi turut menasihati syarikat pawagam pandu masuk agar sentiasa memastikan pelaksanaan semua garis panduan dan SOP yang ditetapkan, termasuk saringan kesihatan, pembersihan dan disinfeksi premis serta penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan lain.

“Di samping itu, semua kelulusan yang berkaitan haruslah diperoleh daripada pihak berkuasa.

“Dengan adanya kawalan kesihatan dan SOP saya yakin pengenalan konsep baru seperti pawagam pandu masuk ini pastinya akan menjadi satu daya penarik untuk kembali merancakkan aktiviti menonton filem,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Kecam, ketawakan guru sains DidikTV adalah perbuatan buli siber, kata menteri

KKMM juga bersedia menawarkan bantuan kepada KPM, dalam penyediaan kandungan DidikTV.

Zahidi positif Covid-19

Timbalan menteri komunikasi dan multimedia dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Jasa dijenamakan semula sebagai J-KOM, kata menteri

Ketua pengarah serta timbalannya tidak akan dilantik dalam kalangan orang politik.

Pelbagai pendekatan digunakan KKMM bagi menangani berita palsu Covid-19

KKMM gunakan semua platform bendung sebar berita palsu hingga boleh timbulkan rasa panik.

Anugerah Bintang Popular bukan aktiviti terlarang, kata menteri

Ia merupakan industri kreatif dan tidak tersenarai di bawah senarai terlarang, dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.