Tuesday, March 2, 2021

Pegawai bekas menteri pelancongan didakwa kerana rasuah

Other News

Rayuan saman fitnah NFCorp terhadap Nurul Izzah ditolak

Mahkamah memerintahkan NFCorp dan Mohamad Salleh membayar kos RM50,000.

Muhyiddin’s report card, one year on

In assessing Muhyiddin, one must take into account the twin crises that coincided with his premiership: the Covid-19 pandemic and the resulting economic fallout.

Kes baru Covid-19 kembali turun bawah 2,000

5 lagi kematian menjadikan jumlah 1,135 keseluruhannya.

New cases dip below 2,000

Five more deaths take toll to 1,135.

Pembunuhan pengasas Ambank, mahkamah kekal hukuman mati pesalah

Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf turut mengekalkan hukuman penjara 18 tahun yang dijatuhkan ke atas Koong Swee Kwan.

Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri pelancongan seni dan budaya yang sebelum ini dihadapkan ke mahkamah atas 18 pertuduhan berhubung rasuah, didakwa lagi melibatkan enam pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM106,500.

Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hashim, 29, mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh di Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini.

Mengikut tiga pertuduhan, Mohd Saifullah didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM90,000 daripada pemilik syarikat Inter Bev Network Sdn Bhd, Ronald Seto Kong Seng melalui Roslan Lahada.

Wang tersebut sebagai upah untuknya yang berjanji mendapatkan tender Perkhidmatan Penghasilan Penjenamaan dan Kreatif untuk Kempen Pengiklanan Tourism Malaysia serta Perkhidmatan Pembelian Ruang Iklan bagi Pasaran Negara-Negara Asia Utara dan Asia Timur Tourism Malaysia untuk Inter Bev Network.

Bagi tuduhan keempat hingga keenam, Mohd Saifullah didakwa menerima dan meminta suapan bernilai RM16,500 daripada Ronald Seto, juga melalui Roslan, iaitu pembayaran deposit dan sewaan seunit rumah di Vipod Residences, No. 6, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di premis di Temasya Anggun, Glenmarie di Shah Alam; Kota Damansara, Petaling Jaya; Dengkil, Sepang dan di Bandar Puteri, Puchong antara 21 Dis 2018 hingga 30 Mac 2019.

Kesemua pertuduhan  dibuat menurut  Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau RM10,000 nilai suapan, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asyraf Mohamed Tahir manakala tertuduh diwakili peguam Md Yunos Shariff.

Muhammad Asyraf kemudian memohon  agar kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibacakan dan dibicarakan bersama 18 lagi pertuduhan yang dihadapi tertuduh pada 23 Sept ini.

Pihak pendakwaan turut menawarkan ikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah selain dikehendaki melaporkan diri di pejabat SPRM setiap awal bulan.

Hakim membenarkan kedua-dua permohonan itu.

Pada 19 Ogos lepas, Mohd Saifullah didakwa atas 18 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menerima dan meminta suapan berjumlah RM3,129,015 daripada pemilik sebuah syarikat bagi mendapatkan tender perkhidmatan pengiklanan di bawah kementerian berkenaan.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Pengarah syarikat didakwa songlap RM603,000 wang syarikat

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

Perbicaraan kes rasuah RM6.35 juta bekas SU politik Mat Sabu pada 15 Mac

Azhar berdepan dengan lima pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM6.35 juta daripada sebuah syarikat kontraktor.

Bicara kes pengubahan wang haram Rosmah bermula November

Peguam Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah turut mengesahkan tarikh perbicaraan berkenaan.

Jabatan Peguam Negara bantah permohonan NGO cabar kerajaan hantar pulang pelarian Myanmar

Dua badan bukan kerajaan (NGO) mencabar keputusan kerajaan Malaysia untuk menghantar pulang 1,200 pelarian warganegara Myanmar ke negara asal.

SPRM siasat bekas menteri PH, Xavier berhubung dakwaan rasuah

Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.