- Iklan -
Berita

Setiap daerah ada kemudahan asas jika GRS menang, kata Bung Moktar

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran "Aku Janji" gabungan itu yang terdiri daripada BN, Perikatan Nasional (PN) dan PBS oleh Perdana Menteri merangkap Pengerusi PN Muhyiddin Yassin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menunjukkan risalah simbolik Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah yang diserahkan oleh Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin pada Majlis Pelancaran Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri Sabah di Grand Ballroom Magellan Sutera Harbour Golf & Country Club di Kota Kinabalu hari ini. Gambar: Bernama

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin berkata Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memastikan setiap daerah di Sabah mempunyai kemudahan asas yang mencukupi sekiranya gabungan itu diberi mandat menerajui kerajaan negeri itu.

“Kandungan penuh Aku Janji ini kita akan keluarkan dalam satu kenyataan dan ia merangkumi semua perkara termasuk pembangunan, ekonomi, modal insan, wanita, dan kebajikan.

“Berkaitan kebajikan, kita akan meningkatkan bantuan kepada ibu tunggal, warga tua dan banyak lagi. Kita lakukan ini disebabkan bantuan kebajikan yang diberikan kini iaitu antara RM200 hingga RM300 sebulan tidak lagi relevan dan perlu ditingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran “Aku Janji” gabungan itu yang terdiri daripada BN, Perikatan Nasional (PN) dan PBS oleh Perdana Menteri merangkap Pengerusi PN Muhyiddin Yassin.

Hadir sama pada majlis itu Ketua Badan Pimpinan BersatuSabah Hajiji Noor, Timbalan Presiden PBS Radin Malleh dan Presiden SAPP Yong Teck Lee.

Sementara itu, Hajiji berkata Aku Janji itu tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh satu atau dua tahun tetapi selagi diberi mandat oleh rakyat, gabungan itu akan terus menunaikan Aku Janji itu.

Beliau berkata empat teras utama dalam Aku Janji itu merupakan tawaran kepada rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dengan pengundian pada 26 Sept.

“Kita berharap dengan Aku Janji yang kami buat ini, kami yakin rakyat akan membantu dan memberi undi kepada calon Gabungan Rakyat Sabah,” katanya.