Saturday, October 24, 2020

Parti politik patuhi SOP, cegah penularan wabak Covid-19

Other News

Zuraida minta Anwar cermin diri sendiri

Apa yang Anwar lakukan menimbulkan persoalan serius mengenai kebolehannya.

Zuraida tells Anwar to self-reflect, drop ‘petty ambition’

The former PKR women's chief says Anwar's lack of details on his claim of having majority support raises questions concerning his fitness for the job.

PM bertemu Agong lebih dua jam di Kuantan

Kenderaan yang membawa Muhyiddin meninggalkan istana kira-kira pukul 7.10 malam.

Tindakan diktator, kata Anwar kepada Muhyiddin

Darurat hanya dilakukan bila terdapat unsur ancaman pada keselamatan negara.

It’s dictatorship, says Anwar as health emergency looms

He accuses the government of 'resorting to undemocratic means to stay in power'.

Calon dan penyokong parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah secara umumnya sudah mematuhi  prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan pandemik Covid-19 yang ditetapkan kerajaan meskipun masih ada yang boleh diperbaiki.

Pemerhatian Bernama di beberapa lokasi kempen di kawasan pedalaman, Semporna, Tawau, Sandakan dan di sekitar Kota Kinabalu sendiri mendapati rata-rata calon, penyokong dan pengundi yang menghadiri aktiviti kempen pilihan raya seperti ceramah, patuh kepada SOP.

Antaranya memakai pelitup muka, melakukan penjarakan fizikal dan penggunaan cecair pembasmi kuman.

Malah, semasa majlis ceramah kempen PRN di kebanyakan tempat seperti di Sandakan, pengacara majlis dari semasa ke semasa mengingatkan hadirin agar sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan sosial apabila melihat ada yang leka.

Sekiranya kawasan ceramah itu luas, parti-parti politik yang menganjurkan ceramah menyediakan alat pembesar suara untuk memastikan suara penceramah dapat didengar semua hadirin dan orang ramai tidak perlu berasak-asak di tempat ceramah.

Ada juga penganjur ceramah politik termasuk calon mengambil inisiatif menyediakan kemudahan QR Kod MySejahtera di kediaman masing-masing sekiranya ceramah dianjurkan di kawasan rumah seperti diamalkan parti-parti bertanding di Semporna.

Di Tawau pula kebanyakan penganjur kempen ceramah politik menyediakan peralatan mengukur suhu badan selain kemudahan menggunakan cecair pembasmi kuman untuk hadirin.

Amalan pematuhan SOP bagi mencegah penularan Covid-19 juga tetap dipraktikkan meskipun majlis ceramah atau aktiviti kempen lain diadakan pada waktu malam di kawasan kampung di pedalaman seperti Tambunan, Keningau dan Tenom meskipun tiada kelibat pihak berkuasa tempatan membuat pemantauan.

Bagaimanapun, masih ada pematuhan SOP yang perlu diperbaiki seperti sikap sesetengah individu yang meletakkan pelitup muka di dagu serta tidak melakukan penjarakan fizikal ketika menghadiri ceramah.

Selain itu, masih berlaku penyokong parti atau pengundi yang menerpa pemimpin atau calon untuk bersalaman ketika pemimpin atau calon berkenaan melawat kawasan mereka.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran bagi penduduk daerah Lahad Datu, Tawau dan Kunak dalam tempoh terdekat.

Katanya saringan secara besar-besaran itu dijangka melibatkan antara 15,000 dan 20,000 individu di tiga daerah di kawasan pantai timur Sabah itu berikutan pengesanan berterusan kes positif Covid-19 selain kewujudan kluster baharu di Kunak yang dikenali sebagai Kluster Pulau berikutan pengesanan lapan kes baharu di daerah itu semalam.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

710 new cases, death toll up by 10

467 patients discharged take total recoveries to 15,884.

State of emergency looms as top officials make emotional plea for stability

But it would aim to suspend all political processes, with daily routines allowed to continue.

US gives full approval for antiviral remdesivir to treat Covid-19

It can be administered to adults and children over the age of 12 who weigh more than 40kg who require hospitalisation, with emergency approval for its use on paediatric patients under the age of 12 weighing at least 3.5kg.

Convalescent plasma of limited use for Covid-19, study shows

Researchers say it failed to reduce mortality or stop progression to severe Covid-19 in moderately ill patients.

Ismail Sabri ajak Hannah Yeoh bersama perangi Covid-19

Beliau berkata, pada ketika ini perbezaan politik harus diketepikan untuk memastikan penularan Covid-19 dihentikan.