Sunday, October 25, 2020

Muhyiddin lancar Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah

Other News

Individu dengan surat majikan perlu dilepaskan di sekatan, kata menteri

Polis tidak seharusnya mengarahkan mereka yang mempunyai salah satu dokumen itu untuk berpatah balik.

PKPB Sabah dilanjut hingga 9 November

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih meneruskan saringan secara bersasar kepada penduduk.

1,228 kes baru Covid-19, 7 kematian dilaporkan

Jumlah kes baru tertinggi yang pernah dicatatkan dalam satu hari.

Cases soar to new high of 1,228

The health ministry also announced another seven deaths today.

Semua perlu bersatu perangi Covid-19, jangan bertelagah pesan Noor Hisham

Ambil iktibar daripada apa yang berlaku daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk rakyat negeri ini bagi pilihan raya negeri ini.

Beliau berkata Aku Janji itu berpaksikan hak Sabah, kepimpinan berintegriti, Wawasan Kemakmuran Bersama dan perpaduan rakyat Sabah.

Menurutnya, Aku Janji itu akan dilaksanakan sekiranya gabungan itu terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) diberi kepercayaan untuk menerajui kerajaan negeri pada pilihan raya 26 Sept ini.

Katanya Aku Janji itu perlu dilaksanakan demi pembangunan, kemajuan dan kehidupan lebih baik buat rakyat Sabah, selain sebuah komitmen menyeluruh semua parti dalam gabungan itu untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat Negeri di Bawah Bayu itu.

“Kenapa salinan Aku Janji diserah kepada saya selaku perdana menteri ialah kerana antara perkara tersenarai (dalam Aku Janji) ada hubung kait dengan urusan kerajaan persekutuan, sebahagian yang lain urusan kerajaan negeri…(Aku Janji ini) tawaran baru jauh lebih baik daripada Warisan untuk rakyat Sabah.

“Ini suatu yang harus kita lakukan disebabkan antara lain Sabah miliki rakyat ramai yang sebahagian besarnya perlukan pembangunan dan kemajuan.

“Rakyat Sabah seperti negeri lain masih perlukan pembelaan dan sokongan pelbagai peringkat kerajaan di negeri dan persekutuan,” kata Muhyiddin, yang juga Pengerusi PN, ketika melancarkan Aku Janji GRS di sebuah hotel, di Kota Kinabalu hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung BN Annuar Musa, Timbalan Presiden PBS Radin Maleh, Presiden SAPP Yong Teck Lee, Presiden Star Dr Jeffrey Kitingan, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin dan Pengerusi PN Sabah Hajiji Noor.

Muhyiddin berkata Aku Janji itu merupakan sebuah komitmen total daripada parti dalam gabungan GRS bagi mengangkat hidup rakyat ke tahap lebih tinggi terutama dalam menghadapi situasi sukar yang dibawa pandemik Covid-19.

Beliau berkata Covid-19 membawa bencana yang begitu besar buat dunia dengan Sabah tidak terkecuali dan kesannya rakyat negeri ini sudah menjadi miskin akibat kelembapan sektor ekonomi, justeru sebuah komitmen besar diperlukan bagi mengatasi masalah itu.

“Komitmen kita bukan biasa, ini sebuah komitmen luar biasa daripada kita bagi membantu rakyat menghadapi situasi sukar yang tidak pernah dihadapi (rakyat).

“Bila semua parti ini mendukung perjuangan sama, percayalah kepada kami yang akan membentuk sebuah kerajaan yang prihatin buat rakyat Sabah. Kami bukan kerajaan lalu, janji tidak ditunai, kerajaan kawan saya (kerajaan negeri Sabah) bantuan Covid-19 sampai hari ini tidak sampai,” katanya.

Sementara itu empat paksi yang terkandung dalam Aku Janji itu ialah Hak Sabah yang mengariskan tiga perkara termasuk memelihara dan terus memperjuangkan hak-hak negeri Sabah berlandaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Dua perkara lain dalam paksi pertama berkenaan ialah membentuk Jawatankuasa khas Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai Hak Sabah serta  menubuhkan Majlis Petroleum Sabah dan Dana PetroSabah bagi memelihara kepentingan generasi akan datang.

Paksi kedua pula ialah kepimpinan yang bersih, berintergriti, cekap, amanah dan mendahulukan rakyat Sabah serta membina keyakinan rakyat terhadap integriti penjawat awam Sabah.

Teras ketiga adalah memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 sebagai tunjang yang menggariskan Sabah diberikan perhatian dalam usaha mengecilkan jurang pembangunan antara wilayah serta  menjana ekonomi tinggi dengan mengambil kira Revolusi Industri 4.0.

Paksi yang keempat pula adalah perpaduan rakyat Sabah yang menggariskan tiga perkara termasuk memastikan kebebasan beragama, dasar perlembagaan negara dipertahankan dan memupuk semangat integrasi nasional dengan berpandukan kepada Rukun Negara.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Jangan panik, pesan Agong kepada rakyat

Istana bimbang dengan spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan serta menggugatkan ketenteraman negara.

Don’t panic, Agong tells people

Palace also cautions against speculation that could create anxiety and disrupt harmony in the country.

PM bertemu Agong lebih dua jam di Kuantan

Kenderaan yang membawa Muhyiddin meninggalkan istana kira-kira pukul 7.10 malam.

It’s dictatorship, says Anwar as health emergency looms

He accuses the government of 'resorting to undemocratic means to stay in power'.

PM mengadap Agong di Kuantan

Kenderaan yang membawa Muhyiddin dilihat memasuki pagar Istana kira-kira pukul 4.40 petang tadi,