Thursday, October 29, 2020

62 kes baru, jumlah terkumpul Covid-19 cecah 5 angka

Other News

Ahli Parlimen PKR pertikaikan titah Agong secara terbuka

Hassan menegaskan ahli-ahli parlimen mestilah bebas untuk membuat keputusan di dalam sidang Parlimen termasuk Belanjawan 2021.

Belanjawan 2021, KKM perlu peruntukan tambahan

KKM rancang tubuh hospital penyakit berjangkit jika diberi peruntukan itu.

801 kes baru Covid-19, 573 dilaporkan pulih

Sabah kekal negeri tertinggi catat jangkitan baru Covid-19.

801 new cases, death toll up by 8

573 more patients discharged.

Bekas penasihat ketenteraan Mat Sabu, seorang pegawai ATM didakwa rasuah lagi

Dua pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan rasuah berhubung beberapa projek di Kementerian Pertahanan...

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia hari ini mencecah lima angka iaitu 10,031 kes selepas 62 kes baru direkodkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Perkembangan terkini itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 668 kes.

Dr Noor Hisham berkata daripada kes baru itu, 61 kes mendapat jangkitan dalam negara membabitkan 41 warganegara dan 20 bukan warganegara manakala satu kes import melibatkan seorang warganegara yang pulang dari India.

Sebanyak 59 kes baru adalah di Sabah melibatkan 48 kes daripada Kluster Benteng LD termasuk 20 bukan warganegara, katanya dalam kenyataan akhbar mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19 di dalam  negara, hari ini.

Beliau berkata selain itu, kes di Sabah itu melibatkan saringan petugas kesihatan di Hospital Lahad Datu (empat kes); saringan di Pintu Masuk Antarabangsa dari Semenanjung (tiga kes); saringan di Klinik Kesihatan Lahad Datu (dua kes); dan Kluster Pulau dan di Penjara Sandakan masing-masing satu kes.

“Kedah turut mencatatkan satu kes daripada Kluster Sungai dan Pulau Pinang dengan satu kes daripada saringan kontak rapat kepada kes ke-9,397 dan kes ke-9,459. Beliau merupakan ahli keluarga kepada kedua-dua kes itu dan kesemua mereka duduk serumah,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata terdapat 26 kes Covid-19 yang pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan penyakit itu adalah 9,235 kes atau 92.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tiada kematian baru direkodkan, menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat pandemik itu kekal 128 kes, katanya.

Beliau berkata kes aktif, iaitu kes dengan kebolehjangkitan Covid-19 meningkat saban hari manakala kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga didapati semakin meningkat.

“Pada masa ini terdapat 15 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tiga memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata sekiranya situasi itu berlanjutan, fasiliti kesihatan negara perlu menampung beban yang tinggi semula.

Justeru, bagi mengelakkan daripada berlakunya situasi demikian, setiap individu daripada semua peringkat dan lapisan masyarakat perlulah memainkan peranan masing-masing dan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) serta nasihat-nasihat yang dikeluarkan kerajaan, katanya.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Belanjawan 2021, KKM perlu peruntukan tambahan

KKM rancang tubuh hospital penyakit berjangkit jika diberi peruntukan itu.

Ingkar SOP, wartawan kongsi detik dijangkiti Covid-19

Badan lemah serta batuk tak henti-henti sehari selepas pulang dari Sabah.

Lebih 2,000 pelajar positif Covid-19

Kes positif itu direkodkan sejak Februari lalu sehingga semalam.

Adun Kunak positif Covid-19

Beliau disahkan positif selepas menjalani ujian saringan kali kedua semalam.

2 sekolah di Masjid Tanah ditutup kerana Covid-19

Kedua-dua sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Berembang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China.