- Iklan -
Berita

Pihak persoal status pendaftaran terancam dengan PN, kata Hamzah

Menurutnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga meluluskan permohonan pendaftaran logo PN untuk digunakan sebagai lambang atas kertas undi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin menyelar tindakan pihak persoal status pendaftaran PN. Gambar: MalaysiaNow
Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin menyelar tindakan pihak persoal status pendaftaran PN. Gambar: MalaysiaNow

Perikatan Nasional (PN) menyelar tindakan pihak yang masih mempersoalkan status pendaftarannya serta menyifatkan tuduhan itu sebagai terdesak dan ketandusan isu dalam menghadapi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin berkata pendaftaran gabungan itu diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 7 Ogos 2020 dan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Menurutnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga meluluskan permohonan pendaftaran logo PN untuk digunakan sebagai lambang atas kertas undi.

“Pihak berkenaan sebenarnya bimbang dan terancam apabila melihat penerimaan baik rakyat terhadap PN kebelakangan ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, RoS dalam kenyataan semalam memaklumkan PN didaftarkan melalui pengeluaran sijil pendaftaran PPM-019-14-07082020 yang dilulus dan ditandatangani Pendaftar Pertubuhan.