Wednesday, October 28, 2020

Muhyiddin tinjau Terminal Jeti Penumpang Pulau Pangkor

Other News

7 lagi saksi akan beri keterangan dalam kes rasuah Zahid Hamidi

Tujuh saksi yang akan memberi keterangan kesemuanya pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Reman 8 lelaki berhubung pencemaran Sungai Selangor disambung 6 hari

Bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan melakukan khianat dengan mendatangkan bencana.

Marauding monkeys bring fear to historic Indian tourist haven

Many homes now have metal cages over their terraces and windows to keep out the invaders, who have even been known to steal from refrigerators.

Malaysia kecam ucapan benci dan fitnah Islam presiden Perancis

Tindakan tersebut bersifat provokatif dan tidak menghormati agama Islam serta lebih daripada dua bilion umat Islam di seluruh dunia.

UN predicts no international travel rebound until late 2021

Even where flights are available, people just don't yet feel safe travelling internationally.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini memulakan lawatan kerja sulungnya ke Pulau Pangkor dengan meninjau Terminal Jeti Penumpang Pulau Pangkor, jeti utama yang menghubungkan pulau bebas cukai berkenaan dengan tanah besar.

Muhyiddin tiba di pulau itu pada kira-kira 9.30 pagi dan meluangkan masa selama 20 minit di situ  termasuk mendengar taklimat oleh Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu.

Taklimat termasuk isu-isu dan perancangan penambahbaikan terminal itu yang merupakan antara fokus di bawah Pelan Pembangunan Strategik (SDP 2021-2025) Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor Zambry Abdul Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Jebasingam Issace John.

Muhyiddin dalam rangka lawatan seharinya turut dijadual mempengerusikan mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara ke-23 (PB23) yang akan membincangkan secara lebih lanjut mengenai SDP 2021-2025 NCER.

Sementara itu, Jebasingam berkata cadangan naik taraf terminal berkenaan termasuk mewujudkan sistem pengangkutan bersepadu, Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) serta menambah struktur untuk feri berlabuh bagi menampung sehingga enam feri pada satu-satu masa berbanding hanya tiga sekarang.

Zambry pula ketika ditemui pemberita berkata projek itu perlu disegerakan bagi menampung kehadiran pelancong yang semakin meningkat hingga mencapai 30,000 orang sehari terutama pada musim cuti.

“Bagaimanapun, keadaan jeti utama yang kecil menyebabkan masalah kesesakan dan sebab itu kerja menaik taraf jeti perlu disegerakan supaya lebih selesa.

“Ini termasuk jeti di Sungai Pinang Kecil untuk kegunaan penduduk pulau ini dan jeti kargo untuk mengangkut barang,” katanya.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Semua ahli Parlimen PAS kekal setia kepada Muhyiddin, kata setiausaha agung

PAS menyeru ahli-ahli Parlimen BN untuk terus mempertahankan kepimpinan Muhyiddin dan kerajaan PN yang dibina bersama di atas keruntuhan PH.

Umno kekal sokong PN tolak kerjasama PKR dan DAP, cadangan Najib diketepikan

Umno juga akan terus kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Apa saja keputusan Umno akan dilakukan secara ‘en bloc’, kata Najib

Majlis Tertinggi BN di Kuala Lumpur sebentar tadi berlangsung selama tiga jam diadakan untuk membincangkan kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Langkah tambahan diperlukan untuk pembeli muda miliki rumah menjelang pembentangan belanjawan

Pengurangan cukai duti setem untuk rumah pertama perlu diperkenalkan semula.

Muhyiddin pengerusikan mesyuarat khas Kabinet

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan mesyuarat khas bersama Jemaah Menteri di bangunan Perdana Putra, susulan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan...