- Iklan -
Berita

Veveonah berbesar hati dijemput makan malam bersama PM

Menyifatkan perdana menteri sebagai seorang yang rendah diri dan mengagumkan, Veveonah menerusi hantarannya di Instagram, berkata jemputan itu merupakan satu penghargaan daripada pemimpin nombor satu negara itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi

Penuntut Universiti Malaysia Sabah, Veveonah Mosibin yang namanya menjadi tular sekitar Jun lepas kerana memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet, berbesar hati selepas menerima jemputan makan malam bersama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Menyifatkan perdana menteri sebagai seorang yang rendah diri dan mengagumkan, Veveonah menerusi hantarannya di Instagram, berkata jemputan itu merupakan satu penghargaan daripada pemimpin nombor satu negara itu.

”Stay awesome!!!! It was such an honor for me&my parents to be invited to have dinner with Tan Sri Muhyiddin Yassin, 8th Prime Minister of Malaysia. He is such a humble and amazing person. Thank you so much, Tan Sri. (Hebat!!! Ia satu penghormatan bagi saya dan ibu bapa saya untuk dijemput ke majlis makan malam bersama perdana menteri Malaysia kelapan Muhyiddin Yassin. Beliau seorang yang merendah diri dan luar biasa. Terima kasih banyak-banyak),” menurut hantaran itu.

Pada 3 Sept lepas, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara mengenai Veveonah yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet di pedalaman Sabah, mencetuskan polemik.